Ford 'dera' SUV elektrik baharu mereka dalam keadaan cuaca bersalji

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun kenderaan elektrik semakin lama meniti di bibir para penduduk bumi dan pencinta alam sekitar, masih terdapat segelintir besar masyarakat yang tidak mempercayai kenderaan sifar emisi ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara yang menjadi faktor penghalang utama adalah tahap kebolehpercayaan EV terutama di dalam cuaca yang buruk, selain persepsi pemanduan yang 'kosong'.

Malah, menurut kajian Ford, kira-kira 19 peratus rakyat Amerika sahaja yang percaya kepada pemanduan EV di dalam cuaca buruk, dan 28 peratus memilih untuk menggunakan EV untuk ke mana-mana sahaja jika berlaku kecemasan.

Angka yang sangat rendah bukan? 
 


Untuk membuktikan bahawa kesemua persepsi awalan itu salah, Ford telah menerbitkan beberapa gambar acah yang memaparkan bentuk sebenar SUV yang diinspirasikan daripada Mustang itu. 

Walaupun masih lagi memakai pelekat samaran yang sangat tebal, Ford akhirnya menunjukkan kepada dunia bagaimana prestasi sebenar SUV elektrik baharu mereka di dalam cuaca bersalji serta suhu -40 darjah Celcius itu. 

Dalam video terbaharu itu, tiada sebarang maklumat tambahan diberikan akan tetapi ia memberikan satu gambaran bahawa kenderaan elektrik masa hadapan dari Ford bakal memberikan impresi yang positif kepada umum. 
 


Selain daripada SUV, Ford juga merancang untuk memperkenalkan trak pikap F-150 berkuasa elektrik pada tahun 2021 serta beberapa buah model crossover pada tahun berikutnya. 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…