Ford F-150 Mil-Spec Automotive - trak pikap bergaya tentera

oleh Mohamad Hanif|
Inginkan kelainan pada reka bentuk trak pikap anda? Sebab kadang kala bosan juga kalau selalu sangat tiru rekaan yang sama, dan tiada variasi antara satu sama lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mil-Spec Automotive, namanya sudah tentu sekali mencadangkan modifikasi yang diinspirasikan daripada kenderaan tentera, dan sebelum ini pernah tampil dengan Humvee yang lebih ganas, dan H1 dengan sistem suspensi yang direndahkan.
 


Setelah puas bermain dengan Hummer, Mil-Spec Automotive memperluaskan portfolio 'mainan' mereka dengan sebuah trak pikap Ford F-150 pertama. 

Tidak seperti Ford F-150 Raptor yang didatangkan dengan nadi 3.5 liter V6 EcoBoost, F-150 Mil-Spec Automotive menggunakan khidmat enjin 5.0 liter Coyote bentangan V8 yang telah menjalani proses modifikasi manakala angka output pula dirahsiakan.
 


Namun, pihak penala memberitahu enjin ini mampu beroperasi menggunakan bahan api minimum RON91. 

Untuk menjadikan penampilan Ford F-150 ini lebih gagah, pihak Mil-Spec menawarkan opsyen Baja Performance Package yang terdiri daripada sistem suspensi dengan penambahan ketinggian 11 inci dan juga jarak trek yang dilebarkan sebanyak 13.5 inci. 

Pembeli juga boleh memilih naiktaraf sistem suspensi Fox 3.0 F-150 Long Travel Performance Shock Package.
 


Dari segi penampilan luaran, Mil-Spec Automotive menawarkan pakej ala-ala tentera, terima kasih kepada Baja Exterior Appearance yang menambah rak bumbung dengan bar lampu LED, tayar simpanan di ruang bed belakang. 

Bumper hadapan dan belakang yang dinaiktaraf turut ditawarkan, serta diakhiri dengan pemakaian rim aloi hitam kustom yang dibaluti tayar off-road 37 inci. 

 


|Untuk layangan warna tema ketenteraan, terdapat empat opsyen yang diberikan termasuklah dua warna kelabu, hitam dan  juga putih. 

Harga jualan bagi Ford F-150 Mil-Spec Automotive bermula dari $85,000 (RM370,396).
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di dalam keadaan standard, Ford F-150 dengan enjin 5.0 liter Coyote Ti-VCT V8 menghasilkan 400…
Berita Global
  Jika sebelum ini pasaran sebelah kanan sukar mendapatkannya, kini tidak lagi selepas Ford…
Berita Global
Sepanjang tahun 2022, lebih 640,000 unit Ford F-Series telah pun diedarkan kepada pemilik masing-…