Serentak dengan itu, Ford juga turut mengumumkan RMA Automotive sebagai syarikat sah yang akan menguruskan proses modifikasi F-150 kepada trak pikap pemanduan sebelah kanan.
Malah, kilang RMA Automotive terletak di Merrifield Business Park, Mickleham yang terletak berdekatan dengan ibu pejabat kejuruteraan Ford Australia di Campbellfield.

Ford Australia bakal menawarkan F-150 dalam varian XLT dan Lariat, eksklusif dalam bentuk badan Crew Cab, dan dilengkapi sistem infotainmen SYNC4 dan bantuan ADAS secara standard.
Dari segi kuasa, F-150 spesifikasi Australia itu akan hadir dengan enjin V6 EcoBoost 3.5 liter menghasilkan 400 hp dan 678 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan dan memiliki keupayaan untuk menunda beban seberat 4.5 tan.

Menurut Presiden dan CEO Ford Australia, Andrew Birkic berkata, "kami mendengar segala permintaan pelanggan dan pengedar, dan kami telah menemukan cara untuk membawa masuk F-150 secara rasmi untuk pasaran Australia.
Beliau menambah, Ford F-150 versi RHD ini merupakan salah satu daripada beberapa buah model baharu yang bakal ditawarkan kepada pelanggan Australia dalam masa terdekat.

Pada tahun 2018, rakyat Malaysia turut dihidangkan dengan penawaran trak pikap saiz penuh F-150 Raptor versi pemanduan sebelah kanan dengan menggunakan nama samaran Sutton CS 3500, dan ia dijual secara rasmi oleh pihak Hamawangsa.
Harga jualan untuk sebuah trak Sutton CS 3500 bermula dari RM708,888.
Baca: Sutton CS 3500