Ford F-150 Rattler 2023 - pikap off-road aras mula dengan harga mampu milik

oleh Mohamad Hanif|
Ford F-150 Raptor merupakan sebuah trak pikap yang berkeupayaan untuk menawan apa jua laluan off-road, namun ia mungkin diluar kemampuan bagi sesetengah pihak disebabkan harga yang agak tinggi, bermula dari $68,675 (RM288,744).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk memenuhi permintaan golongan kebanyakan, Ford kini memperkenalkan trak pikap saiz penuh untuk off-road dengan harga jualan yang jauh lebih rendah - Ford F-150 Rattler.
 

F-150


Menggunakan asas daripada F-150 XL, ia menampilkan beberapa ciri unik seperti grafik yang diinspirasikan daripada ular orok-orok, sistem ekzos berkembar, rim aluminium bersaiz 18 inci serta tayar all-terrain.

Sistem pacuan empat roda adalah standard dan untuk kegunaan off-road, F-150 Rattler ini dipasangkan dengan skid plate, penyerap hentak yang telah ditala semula, differential belakang elektronik serta bantuan menurun cerun.
 

Rattler


Sementara ruang kabin pula didatangkan dengan kemasan gangsa gilap pada konsol tengah, papan pemuka serta panel pintu, diikuti dengan tempat duduk Onyx.

Ford F-150 Rattler 2023 boleh didapati dengan pilihan enjin EcoBoost V6 2.7 liter (325 hp), enjin EcoBoost 3.5 liter, PowerBoost 3.5 liter atau nadi 5.0 liter bentangan V8 dengan kuasa setinggi 400 hp.
 

Rattler


Harga jualan F-150 Rattler 2023 belum didedahkan secara rasmi, namun sebagai perbandingan, Ford F-150 XL dijual bermula dari $29,990 (RM126,093).