Ford F-150 terima talaan suspensi, kit badan daripada Roush - bermula dari RM56k

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan trak pikap kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat negara Uncle Sam, firma talaan Roush kini hadir dengan beberapa penawaran kepada Ford F-150 yang kian popular itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula daripada talaan kepada bahagian nadi enjin, sistem suspensi, sehinggalah kepada kit badan dan kabin, pihak Roush mampu memberikan apa sahaja yang pelanggan mahukan, tidak kira apa jua varian F-150 yang hadir untuk menggunakan khidmat mereka. 

Sekiranya anda perasan, sebuah F-150 Roush tampak lebih gagah dan agresif berbanding trak pikap F-150 standard, terima kasih kepada kit suspensi Fox 2.0 yang meninggikan badan sebanyak 2 inci serta tambahan jarak perjalanan (suspension travel) pada sistem hentakan. 

Sistem Fox 2.0 ini bukan sahaja menambah baik rupa luaran F-150, malah ia juga meningkatkan keupayaan off-road dan juga pengendalian di atas jalan biasa. 
 


Rupa agresif itu diteruskan lagi dengan rim bersaiz 20 inci yang dibalut dengan tayar all-terrain General Grabber ATX LT305/55 R20. 

Pada bahagian luaran, terdapat beberapa komponen yang disertakan seperti pakej grafik, gril, fender flare, pelindung bumper hadapan, dan aksesori pilihan Soft Tonneau Cover daripada ExTang.

Manakala untuk bahagian dalaman, pemilik boleh memilih untuk menambah trim kulit berwarna hitam dan karbon, serta lencana konsol Roush. 

Sistem ekzos cat-back tip berkembar daripada Performance ini didatangkan standard, namun para pemilik boleh memilih sistem ekzos premium Active Exhaust yang menggunakan teknologi injap elektronik.
 


Teknologi ini membolehkan pemilik menetapkan bunyi yang mereka kehendaki berdasarkan rpm enjin, kelajuan kenderaan serta kedudukan pendikit, semuanya menerusi aplikasi mudah alih Roush Active Exhaust.

Kesemua kit naik taraf ini dijual bermula pada harga $13,450 (RM56k).

Walaupun Ford F-150 tidak masuk ke pasaran Malaysia, namun bagi mereka yang inginkan idea untuk Ford Ranger menjadi lebih agresif, boleh mengambil inspirasi daripada kit Roush ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di dalam keadaan standard, Ford F-150 dengan enjin 5.0 liter Coyote Ti-VCT V8 menghasilkan 400…
Berita Global
  Jika sebelum ini pasaran sebelah kanan sukar mendapatkannya, kini tidak lagi selepas Ford…
Berita Global
Sepanjang tahun 2022, lebih 640,000 unit Ford F-Series telah pun diedarkan kepada pemilik masing-…