Ford F-Series kekal model paling laris terjual di Amerika Syarikat, 41 tahun berturut-turut!

oleh Mohamad Hanif|
Kenderaan kegemaran rakyat Amerika Syarikat, Ford F-Series telah dinobatkan sebagai model baharu yang paling laris terjual untuk tahun ke-41 berturut-turut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang tahun 2022, lebih 640,000 unit Ford F-Series telah pun diedarkan kepada pemilik masing-masing, atau satu unit F-Series terjual untuk setiap 49 saat.

Walaupun berjaya merangkul anugerah kenderaan baru paling laris terjual, Ford sebenarnya mengalami penurunan angka jualan jika dibandingkan pada tahun 2021.
 

F-Series


Ini kerana pada tahun 2021, sebanyak 726,000 unit telah berjaya diedarkan, manakala tahun 2020 pula Ford berjaya mencatatkan angka jualan sebanyak 787,400 unit.

Tahun 2023, Ford F-Series bakal menyambut ulang tahun yang ke-75, dan pengeluar itu sudah pun menerima lebih daripada 150,000 unit tempahan bagi model baharu Super Duty.

Selain itu, permintaan terhadap model F-150 dan trak pikap elektrik F-150 Lightning juga semakin meningkat, dan keadaan ini dilihat mampu mengukuhkan kedudukan F-Series sebagai kenderaan paling laris terjual di Amerika Syarikat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding F-150, trak pikap Super Duty ini amat mudah untuk dikenali berdasarkan rekaan yang lebih…
Berita Global
Sejak nama tersebut diwujudkan pada tahun 1948, Ford F-Series telah berjaya dihasilkan sebanyak 14…
Berita Global
Ford kini mengemaskini penawaran trak pikap F-Series Super Duty dengan pelbagai jenis naik taraf,…