Ford Focus kini dengan trenkuasa EcoBoost mild-hybrid - guna bahan api 5.1 liter/100 km!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang telah diumumkan pada Mac tahun lalu, Ford telah pun melancarkan model Focus yang hadir dengan trenkuasa mild-hybrid (MHEV) di mana sistem ini juga turut boleh didapati pada model Puma dan juga Fiesta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem mild-hybrid ini terdiri daripada enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo yang disokong dengan komponen belt-driven integrated starter-generator (BISG) membolehkan trenkuasa ini memulihkan tenaga yang kebiasaanya hilang ketika proses membrek dan pergerakan tanpa kuasa enjin.

 


Sementara pek bateri berkapasiti 48 voltan sejukan udara pula boleh didapati di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

Dari segi kuasa, sistem trenkuasa MHEV ini mampu menjana sehingga 155 kuasa kuda dan mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 5.1 liter untuk setiap 100 kilometer.

Selain daripada itu, Ford Focus EcoBoost Hybrid juga bakal didatangkan dengan versi talaan yang lebih rendah, iaitu 125 kuasa kuda.

 


Antara peningkatan yang dibuat oleh Ford termasuklah penambahan ciri paparan instrumen digital penuh bersaiz 12.3 inci yang dikongsi dengan model Escape dan Kuga - menawarkan paparan yang lebih terperinci, berdefinisi tinggi serta mengurangkan kepenatan mata pengguna.

Sistem MHEV ini akan ditawarkan untuk kesemua varian yang dijual termasuklah Titanium, Active, Focus ST-Line, serta semua jenis badan yang merangkumi wagon, hatchback dan sedan.