Ford Jual Kilang Valencia Kepada Geely, EX2 Sasar Pasaran Eropah

oleh Qalif Latif|
Laporan daripada Carscoop menyebut bahawa Ford Motor Company dilapor mencapai persetujuan untuk menjual satu barisan pemasangan di kilangnya di Valencia, Sepanyol kepada Geely. Walaupun pada tahun lalu Geely komited untuk tidak membina kilang baru di mana-mana negara.

Geely Berpotensi Gunakan Kilang Valencia Untuk EX2

Menurut laporan tersebut, langkah ini berpotensi membolehkan Geely menggunakan fasiliti berkenaan untuk menghasilkan model crossover kompak EX2 bagi pasaran Eropah.

Perkembangan ini dilihat menarik memandangkan CEO Ford, Jim Farley sebelum ini sering menyuarakan kebimbangan terhadap kebangkitan pengeluar automotif China. Namun, laporan terbaharu ini memberi gambaran kemungkinan wujud kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Pada 2023 Ford Valencia telah membuang 1,100 tenaga kerja dan diikuti pada tahun 2024 Ford umum menyingkirkan lagi 1,600 tenaga pekerja di kilang pemasangan Valencia 

Platform GEA Sokong Pelbagai Trenkuasa

Berdasarkan laporan akhbar Sepanyol La Tribuna de Automoción, Geely dijangka menggunakan fasiliti tersebut untuk membangunkan kenderaan berasaskan platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA). Platform ini menyokong pelbagai trenkuasa termasuk hibrid, plug-in hybrid dan elektrik sepenuhnya.

Model yang dikaitkan dengan projek ini menggunakan kod dalaman “135” dan dipercayai merujuk kepada Geely EX2. Ia merupakan crossover elektrik kompak dengan dimensi sekitar 4,135 mm panjang, 1,805 mm lebar dan 1,570 mm tinggi, serta jarak roda 2,650 mm.

Spesifikasi Ringkas Geely EX2

Dari segi trenkuasa, model ini ditawarkan dengan dua pilihan bateri iaitu 30.1 kWh dan 40.1 kWh, masing-masing memberikan jarak gerak sekitar 310 km dan 410 km (CLTC). Ia menggunakan motor elektrik pacuan belakang dengan kuasa antara 79 PS hingga 116 PS.

EX2

 

Ford Mungkin Bangunkan Model Sendiri

Dalam masa sama, laporan itu turut menyebut bahawa Ford mungkin menghasilkan model sendiri berasaskan platform sama. Jika menjadi kenyataan, ia berpotensi menjadi pengganti kepada Puma memandangkan kedua-duanya berada dalam segmen yang hampir sama.

Status Perjanjian Masih Belum Dimuktamadkan

Walau bagaimanapun, Ford menegaskan bahawa tiada perjanjian dimuktamadkan setakat ini dan perbincangan dengan pelbagai pihak adalah perkara biasa dalam industri.

Sementara itu, pihak Geely Europe enggan mengulas lanjut, namun sumber industri memaklumkan bahawa perjanjian tersebut dipercayai hampir dimuktamadkan.

Implikasi Kepada Pasaran Eropah

Jika benar, langkah ini mencerminkan strategi agresif pengeluar China untuk mengukuhkan kehadiran di Eropah melalui pengeluaran tempatan, manakala Ford pula dilihat sedang menstruktur semula operasinya bagi kekal kompetitif dalam era kenderaan elektrik dan hibrid.

Sumber: carscoops.com


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Farley, yang terkenal sebagai seorang peminat kereta sejati dan sering berlumba Mustang klasik pada…
Berita Domestik
Bulan Prihatin Global diperkenalkan oleh Ford Volunteer Corps, sebuah kumpulan rangkaian global…
Berita Global
Ketua balai bomba Abington, John Nuttall menyalahkan Ford Motor Company kerana gagal menyelesaikan…