Ford juarai carta recall paling besar pada tahun 2022

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru-baru ini National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) telah mengeluarkan data tahunannya mengenai recall terbesar yang dilakukan pada tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Data tersebut menunjukkan syarikat jenama Ford telah menerajui carta tersebut melibatkan 67 recall yang kebanyakannya melibatkan masalah trenkuasa.

Carta itu diikuti oleh Volkswagen dengan 45 jumlah recall, Daimler Trucks di tempat ketiga dengan 42 jumlah recall, Chrysler di tempat keempat dengan 38 recall.

 

2

Tempat kelima pula diduduki oleh Forest River dengan 35 jumlah recall, syarikat tersebut menghasilkan trak komersial, bus dan RV dimana beberapa kenderaannya diasaskan dari model Ford.

Walaubagaimanapun, jumlah recall kebiasaannya tidak berkait rapat dengan bilangan kenderaan yang dipanggil semula.

Bagi jumlah recall mengikut bilangan kenderaan, ia masih diterajui oleh Ford, manakala tempat kedua diduduki jenama pengeluar EV yang hangat dengan pelbagai isu iaitu Tesla.

 

3

 

Senarai recall mengikut jumlah kenderaan diikuti oleh GM ditempat ketiga, Chrysler di tempat keempat dan Kia di tempat kelima.

Selain itu, Ford juga mendahului senarai recall dengan jumlah berpotensi terjejas terbesar, iaitu melibatkan lebih 2.9 juta kenderaan dengan isu kabel penukaran.

Diikuti oleh RAM di tempat kedua melibatkan 1.2 juta kenderaan yang berpotensi mengalami masalah pada pintu belakang. Tesla pula menduduki dua tempat iaitu ketiga dan kelima melibatkan 1 juta serta 800 ribu kenderaan dalam dua recall.

 

4

 

BMW menduduki tempat keempat dalam senarai melibatkan lebih 900 ribu kenderaan yang mempunyai isu risiko untuk mengalami kebakaran.

 

Sumber: carscoops

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…