Ford, Mahindra berkolaborasi bangunkan SUV saiz pertengahan untuk pasaran India

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas Volkswagen, Ford kini mengumumkan kerjasama antara syarikat tersebut dengan Mahindra dalam usaha untuk membangunkan sebuah SUV bersaiz pertengahan. 

Pembangunan SUV tersebut akan disasarkan untuk pasaran India terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada pasaran yang lain. 

SUV ini akan dibangunkan menggunakan platform dan trenkuasa yang disumberkan oleh Mahindra dan bakal diposisikan antara Ford EcoSport dan juga Endeavor (Ford Everest). 

Keputusan untuk berkongsi platform dan trenkuasa ini bakal memanfaatkan kedua-dua belah pihak dari segi skala ekonomi. 

 


Ini juga diperkuatkan dengan fakta bahawa Ford sendiri tidak mempunyai rangkaian model yang meluas untuk pasaran India. 

Selain daripada itu, kolaborasi ini juga bakal menjimatkan lebih banyak wang berbanding membangunkan sesebuah model khas daripada sebuah kertas kosong, seperti mana yang diamalkan oleh beberapa syarikat besar dunia. 

Kerjasama Ford dan Mahindra bukanlah perkara baharu, memandangkan sebelum ini kedua-duanya pernah bergabung membentuk pakatan pada tahun 2017 lagi.

Selain daripada itu, kedua-dua syarikat tersebut telah menandatangani perjanjian perkongsian trenkuasa di mana kenderaan Ford bakal menggunakan nadi enjin bersesaran rendah yang dibekalkan oleh Mahindra. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…