Ford mahu henti hasilkan kereta "bosan" - Focus, Fiesta, Taurus dan Mondeo bakal jadi korban

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Ford dilapor akan menggugurkan beberapa model produksi besar-besarannya seperti Fiesta, Focus dan Mondeo yang dikatakan "bosan" untuk memberi tumpuan kepada pembinaan model ikonik yang lebih menarik perhatian.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Beberapa tahun lepas, keputusan Ford untuk menghentikan model popular seperti Fiesta, Focus, Fusion dan Taurus di US dan Eropah telah menimbulkan tanda tanya.

Model-model yang dikatakan bosan ini, merupakan salah satu punca keuntungannya di mana ia memenuhi jalan raya di kebanyakan pasaran utama, dan kini sedang ditamatkan secara berperingkat.

Ianya demi mentakrifkan semula imej jenama Ford yang kini memfokuskan penghasilan model ikonik seperti Bronco, Mustang dan Raptor, dengan tujuan untuk bersaing dengan jenama premium.

 

2

 

Walaupun Farley mengakui kereta seperti Fiesta dan Focus digemari oleh ramai pelanggan, beliau menekankan bahawa pulangan pelaburan dalam model sebegitu tidak akan bertambah berbanding keuntungan kenderaan komersial atau tawaran yang lebih tersendiri dan mencabar.

Untuk menggantikan model "bosan" yang akan dihentikan, Ford beralih kepada SUV elektrik, termasuk model berasaskan platform MEB Volkswagen.

Model akan datang seperti Explorer EV dan Capri, yang diilhamkan oleh VW ID.4 dan ID.5 merupakan sebahagian daripada strategi Ford yang lebih luas untuk menguasai pasaran kenderaan elektrik.

 

3

 

Salah satu model crossover nya yang semakin mendapat sambutan, Ford Puma juga dilapor akan menerima varian elektrik sekaligus meluaskan lagi rangkaiannya.

Bagaimanapun, langkah Ford menghentikan penghasilkan model yang "membosankan" itu meletakkan Volkswagen Group, Toyota, Stellantis, Kia dan Hyundai dalam kedudukan yang baik untuk pasaran kereta penumpang.

Pasaran Eropah, yang masih menyaksikan permintaan kukuh untuk kenderaan bukan SUV, boleh menjadi sangat mencabar, walaupun margin keuntungan Ford pada model khusus ini mungkin lebih tinggi, meninggalkan jumlah kereta yang "membosankan" boleh menjejaskan angka jualan keseluruhan dan meninggalkan ruang untuk diisi oleh pesaing.

 

Sumber: Car Magazine

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…