Ford Maverick 2022 - trak pikap terkecil Ford, binaan badan unibodi dan trenkuasa hibrid!

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada Ford Maverick, trak pikap terkecil di dalam keluarga trak Ford dan memiliki dimensi yang lebih kecil jika dibandingkan dengan trak pikap Ranger.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ford, Maverick merupakan trak pikap pertama yang datang standard dengan trenkuasa hibrid sekaligus menjadikannya trak pikap paling efisien di dalam kelasnya.

Dari segi dimensi, Maverick membawakan ukuran 5,072 mm panjang dan 1,745 mm tinggi, lebih pendek dan lebih rendah jika dibandingkan dengan Ford Ranger.

 


Varian aras mula Maverick dikuasakan oleh trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 2.5 liter kitaran Atkinson yang menghasilkan 162 hp dan 210 Nm, dan motor elektrik berkuasa 126 hp/235 Nm dengan angka output keseluruhan sekitar 191 hp yang memacu roda hadapan sahaja menerusi transmisi CVT.

Maverick 2.5 liter ini mampu untuk bergerak sejauh 805 km untuk setangki penuh, membawa muatan sehingga 680 kg, serta keupayaan menunda sehingga 907 kg.

 


Varian Maverick yang lebih berkuasa datang dengan enjin 2.0 liter EcoBoost yang menghasilkan 250 hp dan 376 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan, serta sistem pacuan roda hadapan atau semua roda sebagai opsyen.

Jika dipasang dengan opsyen 4K Tow Package, Maverick 2.0 EcoBoost ini mampu untuk menunda muatan sehingga 1,814 kg.

 


Bed belakang yang dinamakan sebagai Flexbed memiliki ukuran 1,371 mm menawarkan penyelesaian yang pintar membolehkan pemilik meletakkan barangan mengikut kesesuaian (DIY), serta dibantu dengan empat D-ring, dua utas tali pengikat, serta tailgate berbilang posisi.

Terdapat dua soket 110 voltan, satu daripadanya di dalam kabin manakala satu lagi boleh didapati pada bahagian bed kargo itu tadi.

Ford juga turut menyediakan pakej pra-pendawaian DIY 12 voltan bertujuan untuk penambahan lampu ekstra sekiranya diperlukan untuk ruang kargo.

 


Elemen ruang yang bijak turut ditampilkan pada bahagian dalam kabin di mana Ford menempatkan beberapa ruang storan yang tersendiri, termasuklah pemegang botol satu liter di panel pintu, serta ruang storan tersembunyi di bahagian bawah tempat duduk belakang.

Ford turut menambah sistem penambat baharu yang dinamakan sebagai FITS (Ford Integrated Tether System) yang membolehkan pemilik meletakkan apa jua barangan di bahagian belakang konsol tengah dengan hanya bergantung kepada sistem percetakan tiga dimensi (3D printing).

 


Ruang kabin Ford Maverick pula menampilkan susun atur papan pemuka berwarna terang dan ceria, dibantu dengan skrin infotainmen bersaiz 8 inci yang turut menyokong sambungan kepada peranti pintar Android dan iOS.

Sistem FordPass Connect pula adalah standard untuk kesemua varian yang membolehkan pemilik mengakses beberapa fungsi penting seperti mencari kedudukan trak, menyemak baki bahan api, mengunci dan nyahkunci trak, serta menghidupkan enjin terus daripada peranti pintar.

Harga jualan di Amerika Syarikat bermula dari $19,995 (RM82,399).