Ford Mustang 1969 dengan nadi V8 AMG - 721 hp/1,200 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam filem ketiga francais Fast & Furious Tokyo Drift, terdapat beberapa babak yang memaparkan sebuah Ford Mustang yang lama dihidupkan kembali dengan menggunakan enjin dari Jepun, lebih tepat lagi enjin RB26DETT.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Modifikasi itu ternyata menjadi bualan ramai, ada yang menyokong kerana berpendapat enjin Jepun lebih tahan lasak, tidak kurang pula yang membangkang kerana ia dikatakan lari daripada konsep yang sebenar.

Laman web Motor1 baru-baru ini berjaya menemukan sebuah lagi konsep modifikasi Ford Mustang klasik, namun kali ini ia tidak menampilkan engine swap dari pengeluar Jepun, sebaliknya unit enjin yang mendiami perut Mustang ini datangnya dari Jerman!

 


Menerusi saluran YouTube Officially Gassed, ia memaparkan sebuah Ford Mustang 1969 yang asalnya mendapat unit enjin RB26, akan tetapi enjin tersebut kini digantikan dengan unit V8 yang diperoleh daripada Mercedes-AMG E 63.

Menurut saluran YouTube tersebut, kereta itu pada asalnya sudah terbiar selama hampir 25 tahun sebelum diberikan nafas baharu.

Unit enjin AMG itu tadi ditala semula oleh MSL Performance, dan Ford Mustang AMG itu kini berupaya menghasilkan 721 kuasa kuda dan 1,200 Nm, jauh lebih berkuasa berbanding unit standard yang dibekalkan oleh AMG.

 


Selain daripada enjin, Mustang 1969 ini turut dipasangkan dengan bampar hadapan E 63, angkup brek AMG, lencana AMG pada gril, serta papan pemuka daripada model E-Class yang turut disertakan dengan roda stereng Mercedes-Benz!

Video penuh boleh disaksikan pada pautan YouTube di bawah:

 

 

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Sekali imbas, anda sememangnya tidak akan menyangka ia adalah asalnya sebuah kereta murah Hyundai…