Ford Mustang 2024 mendarat di Eropah, kurang berkuasa banding model US

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu Ford Mustang 2024 kini mendarat di pasaran Eropah, dengan membawakan spesifikasi dan bentuk badan yang hampir sama dengan apa yang wujud di tanah air asal model tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun disebabkan peraturan emisi yang lebih ketat, para peminat Mustang di Eropah terpaksa menerima hakikat bahawa model generasi ketujuh yang ditawarkan itu kurang berkuasa berbanding Mustang spesifikasi Amerika Syarikat.

Ford Mustang 2024 boleh didapati dalam versi coupe, serta versi convertible yang dilengkapi dengan bumbung boleh lipat.
 

mustang


Menurut Ford, bumbung tersebut boleh dinaikkan atau dilipat dalam masa lapan saat, dan ruang kargo di belakang masih lagi mampu memuatkan dua beg golf pada satu-satu masa.

Tiada perbezaan dari segi luaran, di mana model spesifikasi Eropah itu membawakan ciri yang sama seperti unit lampu LED, rekaan jeriji agresif, serta penambahan tiga pilihan warna baharu (Blue Ember, Vapor Blue, Yellow Splash).

Ruang kabin juga turut menempatkan skrin sebesar 13.2 inci di bahagian tengah, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem paparan trafik masa nyata, enjin permainan Unreal untuk paparan grafik yang tajam, serta tidak ketinggalan skrin kluster digital 12.4 inci.
 

mustang


Dari segi kuasa, Ford Mustang GT dengan nadi V8 5.0 liter itu mampu menjana kuasa setinggi 440 hp dan 540 Nm, dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau automatik 10 nisbah kelajuan.

Sebagai perbandingan, Mustang GT spesifikasi asal mampu menghamburkan kuasa setinggi 480 hp/562 Nm, atau sehingga 486 hp dan 566 Nm sekiranya dibekalkan dengan sistem ekzos prestasi injap aktif.

Ford Mustang GT 2024 datang standard dengan kelengkapan Performance Package termasuklah sistem brek Brembo, pembeza gelincir belakang, serta opsyen sistem suspensi MagneRide.
 

mustang


Versi yang lebih bertenaga Mustang Dark Horse juga menerima nasib yang sama, di mana nadi V8 5.0 liter itu mengalami penurunan kuasa kepada 447 hp dan 540 Nm, berbanding 500 hp dan 566 Nm pada model asal.

Namun begitu, ia tetap dilengkapi dengan talaan casis unik termasuklah bar anti-oleng belakang yang lebih besar, peredam tugas berat di hadapan, pendakap strut tower depan dan K-brace di belakang.

Di Eropah, harga jualan Mustang 2024 bermula dari £55,585 (RM334,664) untuk versi GT, dan mampu mencecah £65,585 (RM394,872) untuk versi Dark Horse.

Baca: Spesifikasi Ford Mustang 2024
Baca: Ford Mustang Dark Horse, varian fokus litar
Baca: Ford Mustang Dark Horse R - untuk kegunaan litar
Baca: Ford Mustang GTD, kuasa lebih 800 hp
Baca: Ford Mustang Mach-E Rally
Baca: Sekolah memandu khas untuk pemandu Ford Mustang

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terbaharu, Ford sudah pun menerima lebih daripada 13,000 unit tempahan bagi Mustang…
Berita Global
Ford baru-baru ini telah mendedahkan spesifikasi rasmi untuk prestasi Mustang 2024 yang dinanti-…
Berita Global
Varian itu digelar sebagai Dark Horse, ia bukan sahaja membawakan rupa paras yang lebih garang,…