Ford Mustang Boss 351 1971 ditemui tersadai dalam bangsal selama 46 tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Ford Mustang tahun 70-an telah ditemui tersadai di dalam bangsal selama 46 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laman Youtube Auto Archeologist, ia bukanlah Mustang yang biasa-biasa, sebaliknya ia merupakan sebuah Mustang Boss 351 yang dihasilkan pada tahun 1971 dan diposisikan di bawah model Mustang Boss 429.

Seperti nama yang tertera, Mustang Boss 351 ini menampilkan enjin 351 inci padu (6.4 liter) bentangan V8 yang mampu menghasilkan 330 kuasa kuda dan 502 Nm, dipadankan dengan transmisi manual empat nisbah kelajuan.

 

sumber gambar: Motortrend


Berbanding Mustang standard, unit Boss 351 ini membawakan naiktaraf seperti aci engkol besi tuang, karburetor Autolite 4300-D yang dibina khas, omboh aluminium dan blok enjin dengan empat bolt berbanding dua bolt yang biasa.

Selain itu, Mustang ini turut dilengkapi dengan brek cakera depan, pakej suspensi perlumbaan, tempat duduk belakang boleh lipat, penyahbeku tingkap belakang, dan tidak ketinggalan sistem stereng manual.

Difahamkan, unit Mustang Boss 351 ini telah tersadai di dalam bangsal sejak tahun 1976 selepas pemiliknya mahu melakukan projek memasang karburetor jenis two-barrel berbanding unit four-barrel yang dilengkapkan secara standard demi mendapatkan penggunaan bahan api yang lebih ekonomi.

Berdasarkan semakan, Mustang Boss 351 ini mempunyai perbatuan sejauh 74,311 km dan kini sedang dihantar ke pemilik baharu untuk direstorasi.

 

Sumber: Youtube Auto Archeologist