Ford Mustang crossover elektrik "macam neraka!" - Bill Ford

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apabila menyentuh soal perancangan elektrifikasi kereta (kereta elektrik, plug in hybrid PHEV atau hibrid), Ford ternyata serius. 

Boleh dikatakan setiap model Ford masa kini akan hadir dengan versi hibrid, PHEV atau elektrik sepenuhnya, malah Ford juga akan melancarkan beberapa nama baharu EV. 

Namun, salah satu model yang bakal membuatkan anda meremang bulu roma ketika menaikinya ialah crossover elektrik yang diinspirasikan daripada Ford Mustang. 

Ini kerana menurut Pengerusi Eksekutif Ford, Bill Ford mengatakan prestasi sebenar crossover EV tersebut (izinkan kami memetik kata-katanya dalam bahasa Inggeris) "is going to go like hell."


 

Ford Mustang GT500, 700 kuasa kuda!

Kata-kata beliau merujuk kembali kepada ucapan lagenda Henry Ford II kepada pasukannya, mereka perlu bekerja keras "go like hell" untuk memintas pasukan Ferrari di Le Mans tahun 1960-an. 

Kisah tersebut kekal sebagai sejarah, dan frasa popular tersebut kini digunakan kembali oleh Ford untuk membina sebuah crossover EV yang berkuasa dan efisien. 

Mustang crossover itu sebenarnya sudah pun berada di dalam fasa pembangunan dan menurut Ford ia bakal mempunyai jarak operasi sejauh 484 kilometer untuk sekali pengecasan penuh. 

Tahap neraka yang bagaimanakah bakal dipertunjukkan oleh crossover elektrik Mustang ini? Adakah ia bakal menyamai prestasi sebuah hypercar?

Sumber: Automotive News