Ford Mustang Dark Horse R 2024 - khusus untuk litar lumba, kuasa lebih 500 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Setakat ini, Ford Racing sudah pun menghasilkan beberapa model Mustang yang dikhususkan untuk kegunaan di dalam litar lumba, seperti model GT3 dan GT4.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar lumba, iaitu Mustang Dark Horse R 2024.
 

mustang


Model R ini masih lagi mengekalkan spesifikasi yang wujud pada model Dark Horse seperti transmisi manual enam kelajuan dan brek Brembo, namun dengan beberapa naik taraf bagi menjadikannya senjata yang ampuh di dalam litar.

Nadi 5.0 liter bentangan V8 Coyote masih lagi dikekalkan, namun ditala supaya mampu menghamburkan kuasa melebihi 500 hp, terima kasih kepada penggunaan sistem pelinciran, sistem penyejukan untuk transmisi dan pembeza, sistem ekzos perlumbaan Borla, serta sistem sel bahan api baharu.
 

mustang


Penampilan luaran juga tidak banyak beza, melainkan dengan kehadiran cangkuk tunda serta rim bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar slick.

Antara perubahan lain termasuklah padanan peredam perlumbaan Multimatic DSSV, bar anti-oleng boleh laras, serta plet camber hadapan boleh laras.
 

mustang


Untuk ruang kabin, segala komponen dan ciri keselesaan telah dibuang dan digantikan dengan sangkar keselamatan, tempat duduk perlumbaan Recaro, abah-abah Sparco dan roda stereng Sparco yang boleh dicabut.

Pembeli model Mustang Dark Horse R berpeluang untuk berlumba di dalam siri perlumbaan Mustang Challenge yang akan bermula pada tahun 2024, menampilkan 10 hingga 12 pusingan di lima hingga enam litar yang akan ditentukan kelak di Amerika Syarikat.

Harga jualan untuk sebuah Mustang Dark Horse R bermula dari $145,000 (RM660,258).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Siri model perlumbaan itu didedahkan pada 14 September, hari yang sama Mustang 2024 dan Mustang…