Berdasarkan laporan polis yang dibuat pemilik berdaftar kenderaan di Miri, Sarawak, penguat kuasa JPJ bersama polis melakukan pemeriksaan di premis berkenaan sebelum menemui kenderaan itu.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat keraguan pada nombor casis dan warna asal kenderaan terbabit. Kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 dan dibawa ke pejabat JPJ Suka Menanti untuk siasatan lanjut," katanya.
JPJ meminta orang ramai yang mahu membuat sebarang aduan berkaitan perkhidmatan agensi itu, menyalurkannya kepada [email protected] atau platform aplikasi [email protected] beserta butiran pengadu dan aduan.