Dan nampaknya, tempat tersebut bakal diisi apabila Ford sendiri mengesahkan kehadiran sebuah lagi model baharu iaitu Ford Mustang Mach 1 2021 (bukan Ford Mustang Mach-E) tidak lama lagi dan disifatkan oleh Ford sebagai "lambang prestasi enjin V8 5.0 liter aspirasi natural dalam era serba baharu".
Seperti yang dinyatakan, Ford Mustang baharu ini akan hadir dengan enjin 5.0 liter aspirasi natural dengan spesifikasi Mustang yang 'bersedia untuk menyerang mana-mana litar'.
Berdasarkan gambar yang dibekalkan, model yang penuh dengan pelekat samaran itu menampakkan dua bulatan yang besar kemungkinan merupakan lubang kemasukan udara (atau spot light) serta kemasan bumper hadapan yang lebih agresif.
Ternyata, kedua-dua elemen ini merupakan tribut kepada Ford Mustang Mach 1 1969 original.
Sementara itu bahagian belakang Mustang Mach 1 ini dipasang dengan spoiler manakala sistem saluran ekzos pula diakhiri dengan empat tip yang agak besar serta kehadiran diffuser pada bahagian tersebut.
Sementara gambar dari jarak dekat pula mendedahkan angkup brek Brembo besar berwarna merah di sebalik rim bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 berssaiz 305/30 ZR19.
Perincian lanjut hanya akan didedahkan oleh Ford dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi model Mustang ini kelak.