Ford Mustang Mach 1 akan dipasarkan secara global, unit terhad!

oleh Mohamad Hanif|
Ford Mustang Mach 1 merupakan sebuah lagi varian Mustang yang diperlihatkan secara rasmi pada pertengahan tahun yang lalu.

Mustang Mach 1 dihasilkan bertujuan untuk merapatkan jurang yang ditinggalkan antara Mustang GT dan Mustang Shelby GT500 yang lebih berkuasa, dan secara tidak langsung menggantikan GT350 yang direhatkan (baca:dihentikan produksi) terlebih awal oleh Ford.

Berita baiknya, tidak seperti model GT350, Ford membuat keputusan untuk menjual Mustang Mach 1 di peringkat global, dan ini bermakna satu dunia bakal mendapat peluang merasai model Mustang ini.


Namun, berita kurang baiknya, Ford masih lagi tidak mendedahkan angka produksi sebenar Mustang Mach 1, yang pasti ia akan menjadi sebuah model edisi terhad dan bakal habis terjual sebelum sempat anda meletakkan wang deposit.

Dari segi spesifikasi, Ford Mustang Mach 1 dikuasakan oleh nadi 5.0 liter V8 menghasilkan 480 hp dan 569 Nm, dan dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan atau Tremec (enam nisbah kelajuan) yang diambil secara terus dari model GT350.

 


Mustang Mach 1 turut mendapat pelbagai jenis komponen dari GT350 seperti manifold kemasukan, adapter penapis bahan api, penyejuk pelincir enjin, penyejuk gandar belakang dan sistem ekzos 4.5 inci dari model GT500.

Sistem suspensi pula adalah berdasarkan kalibrasi MagneRide Ford terkini, kalibrasi EPAS, sway bar dan spring hadapan yang lebih keras, booster brek dari Mustang GT Performance Pack 2, serta bushing yang keras pada sub-kerangka belakang.

Ford Mustang Mach 1 bakal mendarat di pusat pameran menjelang musim bunga, tahun hadapan.

Sumber: Ford Authority

Berita Berkenaan

Berita Global
Di dalam bahan promosi, Ford didapati menyenaraikan ciri-ciri seperti kawalan jelajah berbantu…
Berita Global
Menurut laporan daripada Auto Express UK, wakil syarikat Ford juga turut mengesahkan proses…
Berita Global
Ford Mustang Mach 1 dibangunkan bagi merapatkan jurang yang ditinggalkan antara Ford Mustang GT dan…