Ford Mustang Mach 1 'Hitman' 1969 - bukan sebarangan Mach 1!

oleh Mohamad Hanif|
Ford Mustang Mach 1 tahun 1969 yang sangat kemas ini merupakan hasil kerja tangan daripada Classic Recreations, dan nama samaran yang diberikan juga cukup menggerunkan - Hitman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bermula daripada casis asal Mustang Mach 1 1969, proses restorasi kemudian diteruskan dengan membuang nadi asal dan menggantikannya dengan enjin V8 turbo berkembar daripada Ford Coyote. 

 


Enjin ini juga bukan sebarangan, kerana ia telah ditala supaya mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,000 hp yang disalurkan kepada roda menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan daripada Tremec.

Aspek pengendalian turut diberikan perhatian dengan memasang coilover hadapan, coilover belakang Total Control, sway bar depan dan belakang, sistem stereng berkuasa, set tayar Michelin Pilot Sport 2 yang membaluti rim bersaiz 18 inci, rotor cross-drilled dan angkup brek enam omboh. 
 


Modifikasi luaran dikemaskan dengan layangan warna dua tona kelabu dan hitam yang diberikan jolokan Hitman Grey/Beagle Black. 

Untuk keselesaan pemandu dan penumpang, pihak Classic Recreations memasang sistem pendingin hawa, unit audio JVC dengan amplifier Kicker, set pembesar suara dengan subwoofer, roda stereng woodgrain aluminium, tali pinggang keledar lima poin, panel dalaman TMI Mustang dan bar anti-oleng kosmetik.

 


Jadi, dengan hasil akhir restorasi yang cukup mengkagumkan ini, anda faham kenapa ia diberikan gelaran 'Hitman'?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada video pandu uji, laman web Hagerty berjaya membariskan model pengganti Nissan 370Z…
Berita Global
Di dalam bahan promosi, Ford didapati menyenaraikan ciri-ciri seperti kawalan jelajah berbantu…
Berita Global
Menurut laporan daripada Auto Express UK, wakil syarikat Ford juga turut mengesahkan proses…