Ford Mustang Mach-E 2021 dipanggil semula - risiko bumbung suria tercabut!

oleh Mohamad Hanif|
Ford Mustang Mach-E kini menjadi subjek terbaharu kempen panggil semula yang dikeluarkan atas risiko cermin hadapan dan bumbung suria yang tercabut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Ford, masalah ini adalah disebabkan oleh penggunaan ejen perekat urethane yang tidak mencukupi untuk kedua-dua komponen tersebut, melibatkan 17,692 unit cermin hadapan dan 13,544 unit panel kaca bumbung suria.

Masalah ini mampu mendatangkan kesan kepada kebocoran air dari luar, atau lebih serius panel yang mudah tercabut yang mampu meningkatkan risiko kecederaan di dalam kemalangan.

Ini bukanlah kali pertama kenderaan Ford terlibat dalam kes ini, memandangkan pada bulan Februari 2021, Ford F-150 2021 turut dipanggil kembali atas masalah yang sama melibatkan komponen cermin hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…