Ford Mustang Mach-E - nama rasmi crossover elektrik, bakal menerjah dunia 17 November ini

oleh Mohamad Hanif|
Menggunakan nama yang sinonim dengan kenderaan berprestasi tinggi pada sebuah SUV bukanlah satu perkara yang baharu, di mana Nissan pernah melakukannya setelah memisahkan abjad GT-R daripada Skyline.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, Ford pula mengesahkan bahawa nama rasmi yang bakal dipakai pada SUV yang diinspirasikan daripada Mustang adalah seperti berikut: Ford Mustang Mach-E. 

Crossover elektrik tersebut bakal diperlihatkan secara rasmi pada 17 November ini, di mana pelakon terkenal Idris Elba bakal mengacarakan majlis tersebut. 

Walaupun ia merupakan sebuah crossover elektrik, Ford masih menganggap Mustang Mach-E sebagai sebahagian daripada keluarga Mustang, ditambah pula dengan pemakaian logo kuda berwarna biru yang menggambarkan trenkuasa crossover tersebut. 

Ford akan mula mengambil tempahan untuk Mustang Mach-E menerusi laman web rasmi untuk pasaran Amerika, Kanada dan Eropah dengan bayaran tempahan serendah $500 (RM2,077). 

Walaupun tiada sebarang maklumat lanjut didedahkan oleh Ford, sumber dalaman memberitahu Ford Mustang Mach-E akan turut ditawarkan berdasarkan spesifikasi yang diidamkan - termasuklah kapasiti bateri dan juga opsyen pacuan roda belakang sahaja. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…
Berita Global
Kini, perincian berkenaan SUV rali itu telah didedahkan sepenuhnya oleh Ford, di mana ia membawakan…
Berita Global
Pada tahun 2022, Ford telah mengumumkan panggilan semula untuk EV Mustang Mach-E yang melibatkan…