Ford Next Level Experience serlahkan prestasi dan keupayaan Ford Ranger Raptor baharu

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada awal Jun lepas, Ford Asia Pacific Distributor Markets (APDM) telah menjemput para pengamal media untuk merasai keupayaan dan prestasi Ranger Raptor serba baharu, bertempat di Sapa, Vietnam.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Lokasi tersebut dipilih khusus untuk menyerlahkan keupayaan model itu mengharungi laluan mencabar dan menampilkan prestasi dari teknologi terkini oleh Ford.

 

2

 

Acara tersebut bermula dengan pandu uji di jalan berliku sehingga ke Sapa, membolehkan peserta untuk merasai sendiri pengendalian dan keselesaan pada kedua-dua versi enjin Raptor baharu iaitu 2.0 liter diesel dan 3.0 liter petrol.

Peserta seterusnya memandu Ford Ranger Raptor baharu melalui jalan Tasik Seo My Ty, terletak di ketinggian 1,600 meter di atas paras laut dan dikelilingi oleh landskap pergunungan yang megah dan padang hijau yang subur.

 

3

 

Acara pengalaman tersebut membawakan peserta ke tiga stesen yang menampilkan model Ford Ranger Raptor baharu, bersama dua lagi model baharu yang bakal dilancarkan kelak.

Di salah satu stesennya, ia menampilkan Ford Ranger Raptor serba baharu, dimana ia tersedia dengan dua pilihan enjin iaitu 2.0 liter Bi-Turbo diesel dan 3.0 liter petrol turbo.

 

4

 

Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan, dimana versi diesel menghasilkan 210 PS dan 500 Nm, manakala versi petrol menghasilkan 397 PS dan 583 Nm.

Melalui laluan mencabar tersebut, peserta dapat memanfaatkan fungsi mod pemanduan di permukaan jalan off-road yang terdiri dari mod Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts dan Sand.

 

5

 

Tetapan suspensi jenis double wishbone bersama penyerap hentak FOX 2.5" di hadapan juga dapat diserlahkan keupayaannya, terutama sekali semasa memandu laju di jalan tidak rata.

Untuk pengetahuan, walaupun pandu uji dilakukan di Sapa, Vietnam, tetapi model yang dibawakan untuk pandu uji tersebut merupakan spesifikasi untuk pasaran Thailand.

 

6

 

Untuk lebih lanjut, saksikan sendiri laporan pandu uji di bawah: