Ford Performance dedah teaser Eluminator - kit motor elektrik crate untuk projek restomod

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan, pasaran EV semakin berkembang pada ketika ini, dan tidak kurang juga sesetengah pihak yang sudah pun memulakan projek restomod dengan memuatkan trenkuasa elektrik pada model-model kereta lama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ford Performance yang sebelum ini pernah menawarkan enjin crate bakal hadir dengan penawaran yang serupa, namun kali ini dalam bentuk motor elektrik crate.

Bakal diperkenalkan secara rasmi pada acara SEMA tahun ini, Ford bakal memberikan saingan kepada GM yang telah pun hadir dengan kit Electric Connect and Cruise eCrate.

Menerusi hantaran di Twitter, Ford Performance memuatnaik tiga diagram motor elektrik crate yang dinamakan sebagai Eluminator, permainan kata terhadap nama enjin crate V8 Aluminator dengan E merujuk kepada 'elektrik'.

 


Salah satu daripada diagram itu menunjukkan dimensi motor elektrik yang hanya sebesar 570 mm, menjadikannya sesuai untuk dimuatkan pada mana-mana projek kereta ataupun trak.

Namun begitu, Ford Performance tidak mendedahkan secara rasmi spesifikasi seperti output kuasa dan daya kilas yang bakal dihasilkan daripada motor elektrik crate ini.

Sebagai perbandingan, kit Electric Connect and Cruise eCrate oleh Chevrolet Performance berupaya menghasilkan 200 kuasa kuda dan 360 Nm, serta pek bateri 60 kWh yang diperoleh daripada Chevrolet Bolt, lengkap dengan penyongsang kuasa DC-ke-AC, penukar kuasa bervoltan rendah DC-ke-DC, sistem pendawaian, alat kawalan, serta pam air untuk sistem pemanasan dan penyejukan bateri.

Ford mungkin boleh meminjam unit trenkuasa elektrik daripada model Mustang Mach-E, di mana versi asas RWD didatangkan dengan motor elektrik berkuasa 255 hp dan 430 Nm.

Yang pasti, jawapan kepada persoalan di atas bakal muncul pada acara SEMA Show yang dijadualkan berlangsung pada 2-5 November ini.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menggunakan asas daripada F-150 Lariat 4x4 SuperCrew, trak pikap Shelby yang didatangkan dengan…
Berita Global
Menerusi model ini, Ford mahu mendedahkan kepada umum potensi yang ada pada kit motor elektrik…
Berita Global
Kini, bertempat di acara SEMA yang sedang berlangsung, Ford memperlihatkan sebuah projek konsep…