Ford Performance jadikan Explorer ST sebagai SUV litar!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai salah satu cara untuk mempromosikan Ford Performance Racing School, Ford Performance hadir dengan kejutan menerusi pengenalan model one-off Explorer ST yang dihasilkan khusus untuk kegunaan litar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai sebuah SUV yang sporti, model ini didatangkan dengan layangan warna putih, kemasan jalur biru, splitter hadapan, jaring tingkap, serta set rim Signature Wheels bersaiz 21 inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.
 

SUV


Selain daripada itu, SUV Explorer ST ini dilengkapi dengan sangkar keselamatan kustom, tempat duduk Recaro Cross Sportster CS (empat unit), serta sistem harnesses empat poin.

Dari segi kuasa, pihak HP Tuners menala kembali enjin asal 3.0 liter Ecoboost V6 dengan angka output yang tidak didedahkan sama sekali, di mana dalam keadaan standard kilang berupaya menghasilkan 400 hp dan 563 Nm.
 

SUV


Sistem pemberhentian SUV ini didatangkan dengan unit angkup Brembo enam omboh dengan rotor berventilasi 419 mm di hadapan yang disumberkan daripada Shelby GT500, dibantu dengan bendalir brek perlumbaan Castrol SRF yang mampu bertahan di bawah suhu ekstrem.

Explorer ST ini bakal membuat kemunculan rasmi di The Woodward Dream Cruise pada 21 Ogos ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Domestik
Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi…