Ford Performance kini menjual enjin crate V8 430 hp/644 Nm, harga dari RM35 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Divisyen perlumbaan Ford Performance Parts kini menawarkan penjualan enjin besar berkapasiti 7.3 liter bentangan V8, atau dalam istilah yang lebih tepat, 'crate engine'.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Enjin yang digelar sebagai 'Godzilla' ini berupaya menghasilkan 430 kuasa kuda dan 644 Nm daya kilas pada putaran enjin 4,000 rpm. 

Enjin yang pernah mendiami model seperti Ford F-250 Super Duty dan F-350 Super Duty ini memiliki rekaan cam-in-block, menjadikannya lebih kompak berbanding enjin tradisional dengan rekaan overhead-cam. 

 


Ia sekaligus menjadi pilihan yang ideal untuk mereka yang mahu menjalani penukaran enjin pada kenderaan mereka. 

Setiap tempahan enjin crate V8 ini akan turut menerima pakej yang merangkumi manifold kemasukan dan throttle body, manifold ekzos di kiri dan kanan, takung minyak pelincir dan penyejuk minyak, flex plate, serta kotak penghantaran. 

Harga jualan bagi unit enjin crate ini bermula dari $8,150 (RM34,943) namun ia tidak termasuk dengan kos transmisi serta pendawaian yang diperlukan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi penggemar kereta dengan enjin pembakaran dalaman asli, berita ini pasti akan menggembirakan…
Berita Global
Pakej tersebut dinamakan sebagai K20C1 Crate Engine dan Controls Package dan ia merangkumi unit…
Berita Global
Salah satu daripadanya adalah Ford di mana menerusi divisyen Ford Performance mereka menawarkan…