Ford rancang tiga crossover elektrik untuk Eropah menjelang 2024

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Ford Mustang Mach-E, Ford dijangka memperkenalkan sehingga tiga buah model EV baharu untuk pasaran Eropah menjelang tahun 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara model baharu yang bakal muncul adalah Ford Puma EV serta model crossover saiz pertengahan dan Sport Crossover.

Yang bakal muncul terlebih dahulu merupakan model saiz pertengahan pada tahun 2023 yang bakal dipasang di kilang Cologne, Jerman, dan mampu menawarkan jarak pemanduan sejauh 500 km untuk sekali cas penuh.

Pada tahun 2024, Ford bakal memperkenalkan dua model, iaitu Puma EV dan 'Sport Crossover'.

Terdapat ura-ura model Sport Crossover yang akan dipasang di Cologne mampu menjadi pesaing terus kepada model VW ID.5 GTX dengan bentuk badan coupe, sistem pacuan semua roda dan kuasa sekitar 300 hp.

Sementara model Puma EV pula bakal dipasang di fasiliti Craiova, Romania dan segala operasi dan pemilikan fasiliti tersebut akan diserahkan kepada Ford Turki.
 

commercial


Untuk segmen komersial, Ford Eropah akan memperkenalkan lima model berkuasa elektrik iaitu Transit Courier, Tourneo Courier, Transit Custom, Tourneo Custom dan E-Transit menjelang 2024.

Ford turut akan membangunkan fasiliti pemasangan bateri bertempat di Tukri menjelang 2024 sebagai sebahagian daripada pelaburan bernilai $2 bilion melaksanakan proses elektrifikasi portfolio produk di Eropah.

Dua tahun berikutnya, Ford menyasarkan angka jualan melebihi 600,000 unit setiap tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…