Dalam satu laporan oleh Car Expert, terdapat kemungkinan Ford Ranger juga akanturut ditawarkan dalam versi plug-in hybrid (PHEV).
Butiran berkenaan trenkuasa plug-in hybrid Ford Ranger ini masih lagi samar-samar, namun terdapat peluang Ford akan menggunakan nadi 2.3 liter petrol turbo, serta sistem motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa keseluruhan 362 hp dan 680 Nm.
Tetapan ini juga boleh jadi diaplikasikan pada varian hibrid untuk Ford Everest.
Ford Eropah sebelum ini berazam untuk menjadi sebuah jenama EV sahaja di benua tersebut menjelang tahun 2030.
Namun pada ketika ini, tidak dapat dipastikan sama ada Ranger PHEV bakal menjengah pasaran lain selain daripada Eropah.
Dalam satu kenyataan yang berbeza, Ford Australia berkata, "Kami tahu terdapat peningkatan permintaan di kalangan pengguna Australia terhadap EV dan kenderaan hibrid.
"Namun, masih terlalu awal untuk membincangkan impak langkah yang diambil oleh Ford Eropah terhadap pasaran lain, termasuk Australia.
Sumber: Car Expert