Menurut Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair, Ranger generasi terbaharu adalah khusus untuk mereka yang meraikan suasana dan memandang tinggi segenap aspek kehidupan yang berkualiti.
Trak pikap gaya hidup termoden itu bakal dipertontonkan kepada mereka yang sudah mendaftar di lima kawasan di seluruh Malaysia - bahagian tengah, utara, selatan serta Sabah dan Sarawak. Mereka akan melihat pikap ini lebih awal dari tarikh model itu dijual di pasaran tempatan.
Anda boleh mendaftar di laman web "KEEP ME INFORMED" untuk mengetahui lokasi sebenar dan tarikh Ranger generasi baharu itu akan berada.
SDAC juga memperkenalkan satu lagi platform menarik khusus untuk komuniti Ranger yang mahu membawakan pengalaman unik Kehidupan Ranger melalui siri kembara khas tempatan Ford Ranger Getaways.
Ia adalah tempat di mana kalangan individu yang berkongsi minat dan minda yang sama mendirikan “Lingkungan Ford” dan berkumpul serta membina persahabatan; dalam masa sama menikmati kepelbagaian, kemampuan dan potensi penuh Ranger mereka tanpa mengira varian.
Pelanggan boleh memilih cabaran atau percutian yang diinginkan, termasuk pengalaman off-road untuk menguji had kenderaan mereka; menjadi juruterbang untuk sehari; menikmati hari dengan alam semulajadi; atau sekadar bersantai bersama keluarga.
Untuk mengetahui lanjut tentang aktiviti menyeronokkan lain dan menempah slot Ford Ranger Getaways, layari di Ford Ranger Getaways.
Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi terbaru, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube atau layari www.sdacford.com.my.