Kembara dua-dalam-satu itu akan menggandingkan cabaran mengendalikan trak pikap Ranger mereka merentasi pelbagai laluan termasuk off-road di bawah bimbingan tenaga pengajar professional, termasuklah meredah air, pemanduan dalam hutan di waktu malam, rock climbing yang ringan dan pelbagai lagi.

Selepas pengalaman 4x4, peserta akan menuju ke Green Acres Orchard, Balik Pulau yang ditempah khas untuk menikmati hidangan durian dan juadah makan tengah hari.
Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM976 untuk setiap Ranger dengan penyertaan maksimum empat orang untuk setiap kenderaan.

Selain daripada itu, Ford Ranger Getaways turut menawarkan beberapa pakej menarik yang terbuka kepada para pelanggan Ranger dan Ranger Raptor, termasuklah pakej percutian ke Desaru (Johor), Bukit Bendera (Pulau Pinang), atau menikmati pengalaman mengendalikan pesawat Airbus A320 menerusi simulasi penerbangan dan menjadi juruterbang untuk tempoh satu hari di bawah penyeliaan juruterbang professional.
Tempahan dan pembayaran boleh dibuat menerusi platform Ford Ranger Getaways.