Ford Ranger Getaways tawar pelbagai pakej percutian menarik

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) baru-baru ini melancarkan program percutian yang dinamakan sebagai 'Ford Ranger Getaways'.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Program yang julung kali dicipta ini menyediakan pengalaman unik Live the Ranger Life menerusi beberapa pakej pengembaraan, serta disusun berdasarkan malum balas para pelanggan yang mahu berkenalan dengan individu lain, meluaskan gaya hidup, serta meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan sahabat handai.
 

LTRL


Program Ford Ranger Getaways ini terbuka kepada semua pelanggan Ranger bermula 5 Februari yang lalu, menawarkan sehingga 15 pakej pengalaman percutian, serta pilihan perjalanan separuh hari, seharian atau bermalam dengan harga bermula serendah RM98 seorang sehingga RM2,133 bergantung kepada pakej.

Selain daripada itu, Ford juga turut menyediakan pengalaman off-road di sekitar Sepang yang akan diadakan pada 26 Februari untuk pemilik Ranger Raptor, dan 27 Februari untuk semua pemilik Ranger.
 

LTRL


Bersempena dengan pelancaran Ford Ranger Getaways, Ford menawarkan penjimatan sehingga 50 peratus bagi pelanggan yang menyertai program pengalaman off-road Ranger Raptor (26 Februari) dan model Ranger lain (27 Februari), di mana setiap peserta dibenarkan membawa seorang teman tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Pengalaman eksklusif on dan off-road ini hanya menyediakan slot sebanyak 36 pendaftaran awal sahaja.

Untuk mendaftar, sila layari laman web www.sdacford.com.my/shop.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kembara dua-dalam-satu itu akan menggandingkan cabaran mengendalikan trak pikap Ranger mereka…
Berita Domestik
Slot yang dijadualkan pada 26 Mac 2022 ini merupakan pakej bimbingan pengalaman off-road selama…