Ford Ranger, Mustang menang Emas bagi Anugerah Pilihan Ramai & Editor Carlist.my 2020

oleh Mohamad Hanif|
Dua buah model Ford membawa pulang pingat Emas untuk pencalonan Anugerah Pilihan Ramai & Editor Carlist.my 2020 baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang dimaksudkan adalah Ford Ranger yang memenangi Emas untuk anugerah 'Pick-Up Truck of the Year' selama dua tahun berturut-turut sementara Ford Mustang pula merangkul anugerah Emas bagi kategori 'Aspirational Car of the Year untuk tahun yang kedua.

Pencalonan Anugerah Pilihan Ramai & Editor Carlist.my 2020 itu dibuat berdasarkan populariti dan kekerapan ia disebut, dan data pembelian kenderaan sepanjang tahun.

Setiap kategori diwakili oleh tiga model terbaik dan pemenang dipilih berdasarkan undian daripada pengguna.

 


Sementara Anugerah Pilihan Editor pula dinilai dari pelbagai aspek sebelum kiraan skor dibuat oleh penulis dan editor, dan proses undian pula akan direkod dan diteliti oleh juruaudit dalaman bagi memastikan ketepatan data dan penilaian yang adil.

“Kami berbesar hati kerana mendapat undian terbanyak untuk kedua-dua kategori ini daripada rakyat Malaysia. Undian ini membolehkan kami menerima pingat Emas untuk dua tahun berturut-turut bagi model Ford Ranger dan Mustang. Ranger terus dan kekal menjadi trak pikap pilihan dalam kalangan pengguna di seluruh negara. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan mereka selama ini,” kata Turse Zuhair, Pengarah Jualan, Sime Darby Auto ConneXion.