Ford Ranger Raptor 2020 - kini dengan lebih ciri keselamatan, harga dari RM209k

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar kenderaan jenama Ford di Malaysia telah melancarkan versi kemaskini terhadap trak pikap Ford Ranger Raptor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara penambahbaikan yang ditawarkan pada Ford Ranger Raptor ini termasuklah sistem brek kecemasan autonomi dengan pengesan kenderaan dan pejalan kaki, amaran pelanggaran hadapan, serta sistem amaran dan bantuan keluar laluan sekaligus menjadikan Ranger Raptor ini lebih selamat digunakan atas jalan raya.

 


Selain daripada tiga ciri yang disebutkan diatas, Ford juga turut menambah ciri seperti lampu utama jenis LED serta slot pengecasan USB tambahan yang terletak pada cermin pandang belakang.

Namun, spesifikasi asal Ranger Raptor masih lagi ditawarkan, seperti enjin diesel 2.0 liter bi-turbo menghasilkan kuasa maksimum 213 PS dan daya kilas 500 Nm dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.

 


Apa yang membezakan Ranger Raptor dengan trak pikap yang lain adalah ciri redahan air sedalam 850 mm, sistem penyerap hentak FOX Racing Shox yang digandingkan dengan Terrain Management System yang menawarkan sehingga enam mod pemanduan termasuklah Mod Baja.

Ditawarkan dalam empat warna (Ford Performance Blue, Conquer Grey, Absolute Black dan Arctic White), Ford Ranger Raptor dijual pada harga RM208,888 atas jalan tanpa insurans.

 


Untuk mereka yang berminat, Ford telah menyediakan perkhidmatan Jurujual Digital yang boleh dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp dan segala persoalan berkenaan produk dan promosi akan dijawab oleh Jurujual Digital sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Jurujual Digital ini boleh diakses menerusi talian +6019-204 1200 dan beroperasi dari hari Isnin sehingga Jumaat, 9.00 pagi sehingga 4.00 petang sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sdacford.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…
Berita Global
Namun begitu, terdapat perancangan untuk menghasilkan variasi trak pikap talaan Ralliart, termasuk…