Ford Ranger Raptor Special Edition (Unit terhad, bukan di Malaysia)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford Ranger Raptor Special Edition
Ford Ranger Raptor Special Edition
Ford sebelum ini menawarkan pelbagai model menarik di negara kita. Dari model kompak Fiesta, SUV EcoSport, Focus sehingga sebesar van Transit termasuklah model sport Mustang.

Kini kesemuanya tinggal kenangan apabila Ford tidak lagi menawarkan model-model gantian tersebut di negara kita.

Menariknya nama Ford masih kekal di bibir pengguna melalui satu model ini. Ford Ranger, satu-satunya model yang ditawarkan di negara kita.

Ini menunjukkan bahawa sesebuah pengeluar tidak memerlukan banyak buah model. Apa yang diperlukan ialah sebuah model yang tepat dalam memenuhi selera pelanggan.

Melalui Ranger, Ford menawarkan pelbagai varian dari XL yang paling asas sehingga pilihan paling ranggi dan sporty Ranger Raptor X.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Ranger Raptor Special Edition

 

Varian tertinggi itu tidak murah, harga yang ditawarkan bermula dari RM216,888.00 atau RM6,000 lebih tinggi berbanding Ranger Raptor.

Harga premium tersebut sebenarnya setara dengan spesifikasi dan peminat atau pembeli tahu nilai (kenal baré) yang ada pada pikap ini.

Di Eropah pula ada sebuah varian istimewa yang baru diperkenalkan.

Ford Ranger Raptor Special Edition hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad dengan penambahan kosmetik.

Pelanggan di sana ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Performance Blue, Conquer Grey dan Frozen White dengan grafik perlumbaan (racing stripes) yang mempunyai tepian berwarna merah.

Grafik perlumbaan itu merentasi bonet, bumbung, spoiler, pintu kargo dan sisi badan.

 

Ford Ranger Raptor Special Edition

 

Pada bahagian depan, cangkuk tunda diwarnakan merah manakala arka roda, bampar depan dan belakang, pembuka pintu dan gril berwarna hitam kusam (matte).

Pada bahagian dalam pula, Ranger Raptor ini diriasi sulaman merah pada stereng, panel meter dan pelapik pintu.

Turut istimewa ialah panel meter Raceway Grey yang eksklusif untuk model Special Edition.

Dari segi casis, Ranger Raptor SE sama sahaja seperti setup Ford Performance untuk Ranger Raptor dengan jarak roda (track) 150mm lebih lebar dan 51mm tinggi berbanding Ranger XLT.

Penyerap hentak dari FOX dikekalkan dengan teknologi Position Sensitive Damping dan roda dipadan bersama tayar General Grabber AT3.

 

Ford Ranger Raptor Special Edition

 

Teknologi Terrain Management System membolehkan pemandu Ranger Raptor meredah pelbagai permukaan termasuk mod Baja yang diilhamkan dari rali padang pasir Baja 1000 untuk prestasi off-road yang optimum.

Ranger Raptor Special Edition digerakkan enjin 2.0 liter EcoBlue Bi-turbo diesel berkuasa 213PS dan tork 500Nm.

Enjin itu dipadan bersama transmisi sepuluh kelajuan automatik yang dikongsi bersama Ford Mustang.

Ford Ranger Raptor Special Edition dijadual untuk berada di bilik pameran Ford Eropah bermula Oktober tahun ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ford Ranger Raptor Special Edition