Ford Ranger StormTrak edisi khas, terhad 200 unit - dari RM 181,888

oleh Firdaus Razani|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia, telah melancarkan Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad hari ini, mengukuhkan kedudukannya dalam segmen trak pikap di Malaysia.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

 

ford

 

Ford Ranger StormTrak edisi khas hanya terhad kepada 200 unit sahaja yang ditawarkan dan disediakan secara eksklusif melalui dalam talian.

Dengan gabungan keupayaan lasak, ciri premium dan teknologi tiada tandingan, Ranger StormTrak bakal memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup untuk mereka yang berani dan suka akan pengembaraan.

Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad memperlihatkan Skim StormTrak dengan bahagian luar dan dalam yang unik, melambangkan semangat kembara dan gaya.

 

ford

 

Ranger StormTrak dikuasakan dengan enjin Bi-Turbo 2.0 liter EcoBlue turbodiesel yang menjanakan kuasa output sehingga 210PS pada 3,750rpm dan kuasa tork sehingga 500Nm pada 1,750rpm.

 

ford

 

Ia dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan, yang memberi kuasa untuk pacuan roda belakang (2WD) atau kepada sistem 4x4 dengan sistem shift-on-the-fly elektronik.

Ia turut mempunyai ciri seperti Tekanan Brek Auto dan Bantuan Letak Kereta Aktif 2.0, dimana ciri-ciri tersebut disediakan dalam Ranger Raptor dan Everest Titanium.

 

ford

 

Ciri-ciri lain termasuk roda 20 inci dengan cat Hitam Asfalt matte dan sisipan roda Merah Race, gril dan bampar Skim StormTrak yang menyerlah dan juga lambang dan reka bentuk yang mencerminkan statusnya sebagai kenderaan edisi terhad.

 

ford

 

Di bahagian dalam pula, daya tarikan Skim StormTrak menarik terus menonjol dengan papan pemuka yang dihiasi jahitan Merah Race, kerusi yang memaparkan Logo StormTrak, jahitan Merah Race, dan sisipan suede Miko®, yang memberikan penampilan kabin yang mewah lagi bergaya.

 

ford

 

Untuk sistem digital seperti infotainmen, ia mempunyai paparan skrin bersaiz 12 inci yang menyokong sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto.

 

ford

 

Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad juga dilengkapi beberapa ciri yang pertama kali diperkenalkan dalam kelasnya, yang direka untuk pengembaraan.

Antaranya termasuk lampu sokongan untuk menerangi jalan lasak yang gelap, Pencahayaan Zon untuk mencerahkan lagi ruang di sekeliling kereta, dan lampu kargo untuk memudahkan proses memuatkan dan memunggah barang.

 

ford

 

Inovasi Ranger StormTrak diteruskan dengan Sistem Rak Fleksibel, membolehkan melaraskan sportbar, sambil menyokong pelbagai jenis muatan sehingga 80 kilogram (dinamik) dan 250 kilogram (statik), yang praktikal untuk memenuhi keperluan kembara dan kerja.

 

ford

 

Ford menawarkan tiga pilihan warna untuk Ford Ranger StormTrak edisi terhad ini, iaitu Arctic White, Meteor Grey dan Absolute Black dan ia dijual pada harga berbeza iaitu seperti berikut;

Semenanjung Malaysia - RM181,888.00

Sabah dan Sarawak - RM188,288.00

Harga tersebut merupakan harga atas jalan dan tidak termasuk insurans.

 

ford
Artic White

 

ford
Absolute Black

 

SDAC membuka tempahan dalam talian menerusi shop.sdacford.com.my yang turut membolehkan pelanggan menempah semua model Ranger dan Everest di dalam talian.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sama seperti varian Wildtrak X yang dilancarkan di Australia pada bulan lalu, Ranger Stormtrak ini…