Ford Ranger talaan Ricardo siap sedia jalani misi ketenteraan!

oleh Mohamad Hanif|
Pelbagai modifikasi Ford Ranger pernah kami siarkan sebelum ini, namun apa yang cuba dibawakan oleh Ricardo ini meletakkan trak pikap ini satu kelainan berbanding kebiasaan - modifikasi ke arah misi ketenteraan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menjadikan Ford Ranger lebih bersedia untuk meredah apa jua halangan, Ricardo membuat keputusan untuk menaik taraf sistem suspensi dan secara automatiknya menjadikan jarak kelegaan tanah lebih tinggi. 

Set tayar khusus untuk off-road juga turut dipasang, manakala di bahagian bawah kenderaan terdapat skid plate yang mampu melindungi beberapa bahagian yang terdedah. 
 


Di bahagian bed belakang terdapat sangkar keselamatan yang sangat besar dan mampu berperanan sebagai sistem perlindungan rollover ketika kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Malah, sistem sangkar keselamatan ini juga turut dipasang dengan cagak khas untuk kegunaan sistem mesingan dan di bahagian lantai turut dilindungi oleh perisai yang sangat tebal. 

Penggunaan kaca kalis peluru sudah pasti menambah berat kepada trak pikap ini, jadi Ricardo mengimbangi kembali dengan menggunakan bumper hadapan dan belakang yang lebih ringan. 
 


Sebagai sebuah trak pikap tentera, sistem elektronik telah ditambah baik untuk menampung penggunaan sistem komunikasi radio yang serba kompleks, serta layangan cat spesifikasi NATO IRR untuk perlindungan gelombang elektromagnet.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…