Laman web Car Advice telah berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukan sebuah Ford Ranger sedang diuji.
Gambar tersebut mungkin nampak seperti sebuah Ford Ranger biasa dengan ditutup oleh sticker camouflage, tetapi jika dikaji, trak pikap itu memang lebih tinggi dari Ranger biasa, mempunyai brek disc depan dan belakang serta sistem suspensi belakang yang menggunakan spring gegelung dan Watt’s linkage serta over-fender yang besar untuk memuatkan tayar-tayar offroad yang juga besar.
Menurut jurugambar Car Advice, trak pikap itu menghasilkan bunyi yang seakan-akan enjin 3.5L EcoBoost V6 dari trak pikap F-150 yang dijual di US.
Namun begitu, Ford juga mempunyai enjin 2.7L Ecoboost V6 yang lebih mesra poket, khususnya kepada penduduk di Asean dan Australia.
Jadi, adakah Ford akan menghasilkan Ranger Raptor? Jika benar, tarikh pelancarannya mungkin pada 2019.
Sempat untuk anda mengumpulkan dana untuk meminang Raptor asli ini.
