Bermula dari varian paling asas untuk kerja-kerja berat iaitu XL Single Cab, hinggalah varian terunggulnya iaitu Ranger Raptor yang lebih ke arah memenuhi gaya hidup.
Dengan kenaikan harga diesel, pastinya kebanyakan orang akan beranggapan bahawa memiliki trak pikap tidak lagi relevan.
Bagaimanapun bagi sesetengah orang, jika keperluannya merupakan fungsi-fungsi yang ada pada sebuah trak pikap, mereka pastinya tiada pilihan lain.
Terutama sekali bagi mereka yang memerlukan jentera untuk meredah hutan, trak pikap adalah pilihan terbaik dengan pelbagai pilihan harga untuk dipilih.
Sejarah awal Ranger bermula dari kerjasama antara Ford dan Mazda, melalui model B-Series Mazda yang dilencanakan semula sebagai Ranger.
Untuk generasi awal Ranger, tahap kemewahan dalam sebuah trak pikap tidak dapat dirasakan kerana asal usul model yang dilencanakan semula itu lebih fokus kepada fungsi semata-mata.
Kemewahan dalam sebuah trak pikap mula dibawa dengan kemunculan model Ranger T6, di mana keseluruhan aspek luar dan dalam dipertingkat dengan gaya, kemewahan dan keselesaan yang dipertingkat.
Jadi untuk Ranger generasi terbaharu, Raptor sememangnya sebuah trak pikap yang lebih fokus ke arah gaya hidup berbanding kerja-kerja lasak, begitu juga dengan varian Wildtrak dan Platinum.
Jadi bagi mereka yang mencari sesuatu lebih asas tanpa jajan-jajan elektronik mewah, dengan ketahanan dan prestasi yang sama, Ranger XLT Plus adalah jawapannya.
Ranger XLT Plus sebenarnya menggunakan enjin dan transmisi yang sama seperti varian Wildtrak dan Platinum.
Ia dikuasakan nadi 2.0 liter 4 silinder sebaris BiTurbo diesel yang menghasilkan 210 PS dan 500 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan dengan fungsi ESOF atau Electronic Shift On The Fly sebagai standard dan dengan e-locking rear differential (karbeda).
Pada bahagian suspensi, juga kekal sama menggunakan jenis double wishbone di depan dan leaf spring di belakang, cuma yang membezakannya adalah pengunaan brek dram di belakang bersama brek tangan manual.
Pastinya, penggunakan brek dram di belakang bersama brek tangan manual itu sudah terbukti tahan lasak, terutama sekali untuk meredah off-road.
Masuk ke bahagian dalam, walaupun berada di julat harga bawah RM150k atau lebih tepat RM142,888, Ranger XLT Plus ini menawarkan ciri yang lebih moden berbanding pesaing jenama Jepun dengan varian lebih premium.
Duduk sahaja di tempat duduk pemandu, anda akan disajikan dengan papan pemuka moden bersama kluster instrumen berwarna bersaiz 8 inci yang memiliki pelbagai fungsi.
Antara fungsi menarik ialah ketersambungan antara infotainment dan kluster instrumen yang dikawal OS SYNC 4A, contohnya apabila anda menggunakan aplikasi Spotify, lagu yang didengar akan dipaparkan pada kluster.
Sebut tentang infotainment, ia dilengkapi skrin bersaiz 10.1 inci di bahagian tengah, lengkap dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar!
Kawalan pendingin hawa juga terbina di dalam skrin di mana ia ditempatkan di bahagian bawah, lengkap dengan fungsi dual climate control.
Tidak cukup dengan itu, Ford datangkan juga dengan pad pengecas tanpa wayar di bahagian bawah skrin infotainment, serta port USB untuk sambungan dashcam di bahagian atas cermin.
Satu lagi perkara yang sama seperti Wildtrak, Platinum dan Raptor pada XLT Plus ialah mod pemanduan, merangkumi empat pilihan mod iaitu Normal, Eco, Tow/Haul dan Slippery.
Sementara ciri bantuan lain yang didatangkan secara standard ialah BD, ABS, ESC, TCS Hill Descent Control, Hill Launch Assist, Rollover mitigation dan trailer sway assist.
Akhir sekali, perkara utama yang membezakan Ranger dengan pesaing Jepun, rekaan tempat duduk yang sangat-sangat selesa untuk perjalanan jauh.
Ranger menggunakan standard Eropah dalam penghasilkan tempat duduknya, jadi jenis kusyen dan bentuknya direka untuk memberikan keselesaan terbaik.
Datang dengan kelengkapan dan fungsi yang hampir sama tahap dengan varian lebih mahal, Ranger XLT Plus ditawarkan pada harga RM142,888 dengan bayaran bulanan dari RM1,469.
Untuk masa terhad juga, pengedar rasmi Ford di Malaysia iaitu Sime Darby Auto Connexion (SDAC) kini menawarkan Ranger XLT Plus dengan tawaran pakej servis 5 tahun dan rebat tunai sehingga RM4,000.
Bagi merancakkan lagi penawaran Ranger, SDAC telah melancarkan Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas bersama pelbagai ciri baharu dengan hanya 300 unit ditawarkan pada harga RM143,888.
Baca: Ford Ranger XLT edisi khas
Ketahui lebih lagi mengenai Ford Ranger XLT Plus melalui video pandu uji oleh Hezeri di bawah: