Ford-SDAC tawar promosi diskaun 20 peratus servis sempena Cuti Raya

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Ford di Malaysia mengumumkan promosi servis bersempena musim perayaan yang bakal menjelang.

Bermula 15 April hingga 31 Mei 2022, para pelanggan yang telah menempah slot servis bakal menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk minyak pelincir, pakej brek dan tali sawat pemasa, serta tambahan diskaun 10 peratus ke atas kos buruh, dan penjimatan sehingga 20 peratus untuk komponen alat ganti yang terpilih.

Selain itu, Ford-SDAC turut menawarkan perkhidmatan tambahan seperti penjajaran dan pengimbangan roda, servis asas penyaman udara, perkhidmatan menggilap dan proses sanitasi.

Pelanggan yang membelanjakan wang berjumlah RM1,000 dan ke atas untuk mana-mana kempen Raya dan servis terpilih akan menerima beg sukan eksklusif.

Pemilik Ford juga boleh mendapatkan pemeriksaan 27 mata secara percuma oleh juruteknik bertauliah Ford untuk memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik sepanjang tempoh cuti perayaan.
 

Ford


Para pelanggan turut dijamin dengan penggunaan hanya alat ganti tulen OEM sahaja yang digunakan oleh Pusat Servis berdaftar Ford di seluruh negara, dengan jaminan selama 12 bulan atau jarak 20,000 km (yang mana tiba dahulu) tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.

Untuk pemilikan yang bebas daripada sebarang kebimbangan, pelanggan Ranger boleh mendapatkan Pelan Waranti Lanjutan PremiumCare Ford untuk menikmati perlindungan tambahan selama dua tahun terhadap kos pembaikan tidak diduga selepas tempoh waranti lima tahun tamat.

Selain itu, terdapat juga pakej aksesori empat-dalam-satu yang ditawarkan berharga RM1,628 atau membeli aksesori berasingan mengikut pilihan untuk model-model Ranger XL, XLT dan juga XLT Plus.

Temujanji boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web INI dimana terdapat pilihan tempahan temujanji e-servis masa nyata yang membolehkan pelanggan mengetahui, memilih dan mengesahkan slot pilihan sehingga sebulan lebih awal.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anugerah berprestij itu merupakan pengiktirafan terhadap pencapaian SDAC sebagai salah satu…
Berita Domestik
Slot yang dijadualkan pada 26 Mac 2022 ini merupakan pakej bimbingan pengalaman off-road selama…
Berita Domestik
Boleh didapati dalam dua warna iaitu Saber atau Absolute Black, Ranger Sport Special Edition ini…