Ford sedar golongan pembeli Mustang semakin berusia

oleh Mohamad Hanif|
Selama enam tahun berturut-turut, Ford Mustang kekal menduduki tempat teratas selaku coupe sports paling laris terjual di dunia dengan pegangan pasaran sekitar 15.1 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak cukup dengan itu, populariti yang dikecapi oleh Ford Mustang juga menjadikan ia sebagai model kereta sports paling laris terjual di dunia untuk tahun kedua.

Namun, apa yang merisaukan Ford pada ketika ini adalah generasi terkini Ford Mustang lebih banyak menarik perhatian golongan berusia, dan trend ini dikatakan akan kekal sekurang-kurangnya satu dekad dari sekarang.

Menurut temubual yang dijalankan oleh MuscleCarsAndTrucks, Pengarah Pemasaran Ford Mustang Jim Owens menjelaskan, "dari segi demografik, kebanyakan pembeli kian meningkat usia mereka.

 


"Generasi baby boomer yang mengingati zaman 60-an, bilangan mereka tidak akan bertambah, akan tetapi ia lebih kepada psikografik, iaitu jenis personaliti yang akan membeli Mustang dan tidak bergantung kepada umur semata-mata.

Tambah beliau lagi, Mustang sebenarnya mencerminkan peringkat kehidupan golongan pembeli.

"Ada kalanya dalam kehidupan, sebuah Mustang tidak akan menjadi kenderaan praktikal.

"Namun kini Mustang Mach-E boleh mengubah aspek tersebut, membuatkan anda mendapatkan (SUV itu), menggunakannnya untuk keperluan kehidupan dan kemudian anda kembali kepada sebuah Mustang semula.

Sumber: MuscleCarsAndTrucks

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…