Ford tamatkan produksi Mustang Shelby GT350, GT350R

oleh Mohamad Hanif|
selamat jalan, Ford Mustang Shelby GT350
Ford akan menamatkan penjualan model kereta sports Mustang Shelby GT350 dan GT350R, memandangkan jadual produksi bagi kedua-dua model tersebut akan berakhir pada musim luruh ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ford dalam satu sesi pandu uji model Ford Mustang Shelby GT350 Heritage Edition, baru-baru ini.

Ini bermakna Ford Mustang Mach 1 akan bertindak sebagai pengganti 'tidak rasmi' bagi menggantikan posisi yang dikosongkan oleh Mustang Shelby GT350 dan GT350R itu.

 


Ford Mustang Mach 1 yang dilancarkan pada pertengahan tahun yang lalu bertujuan untuk merapatkan jurang yang ditinggalkan antara model Mustang GT dan model-model Shelby, dikuasakan oleh enjin 5.0 liter V8 yang menghasilkan 480 kuasa kuda.

Sistem transmisi pula adalah Tremec 3160 manual enam nisbah kelajuan.

Ford Mustang Mach 1 banyak mengintegrasikan komponen-komponen berprestasi tinggi daripada GT350 seperti manifold kemasukan, serta penyejuk minyak enjin yang mampu meningkatkan kadar penyejukan pelincir sehingga 50 peratus.

Spesifikasi lanjut Ford Mustang Mach 1 boleh dibaca pada pautan di bawah:

Baca: Ford Mustang Mach 1

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
Selepas Toyota mengumumkan penamatan jualan bagi model GR86 pada hujung tahun ini, tiba giliran…
Berita Global
Difahamkan, unit terakhir Camaro merupakan sebuah unit ZL1 1LE (gambar utama) yang dipadankan…