Ford Transit Custom Nugget - Jawapan Ford kepada Volkswagen California

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada minggu lalu, telah berlangsungnya acara Caravan Salon yang merupakan himpunan campervan terbesar di Eropah bertempat di Dusseldorf Jerman, di mana Ford telah mendedahkan campervan saiz sederhana terbaharunya iaitu Transit Custom Nugget.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Transit Custom Nugget dilengkapi dengan pelbagai ciri kemudahan untuk menjadikannya teman percutian sempurna, direka khusus sebagai pesaing terus kepada model campervan lain seperti Volkswagen California dan Mercedes V-Class Marco Polo.

Versi baharu  itu telah dibangunkan bersama pakar dari Jerman iaitu Westfalia, yang turut bekerjasama dengan Volkswagen dan Mercedes dalam penukaran campervan mereka.

 

2

 

Campervan Ford itu mempunyai bahagian dalam yang ditempah khas terlebih dahulu dilengkapi dengan kemasan premium baharu, fungsi yang dipertingkatkan dan kuasa daripada bumbung solar.

Menjengah ke bahagian dalam, versi baharu itu kini direka semula bersama ruang memasak, tempat duduk dan ruang tidur.

Di bahagian dalam, kini semuanya dikawal menggunakan skrin sentuh bersaiz 7 inci, di mana ia juga mengawal tetapan pencahayaan LED kabin dan sambungan Bluetooth untuk menggunakan telefon pintar sebagai alat kawalan jauh.

 

3

 

Ia menampilkan dapur kecil berbentuk L dengan peti ais laci, dapur memasak dan singki, yang kini dilengkapi dengan sistem air panas terbina, di mana saluran pancuran mandian air panas dan sejuk disertakan di bahagian belakang.

Tempat duduk hadapan kini mempunyai ciri berputar 180 darjah, bersama tempat duduk bahagian belakang yang dilengkapi port pengecasan USB-C.

Bumbung dormer yang condong pula menghasilkan ruang untuk dua katil, dan tempat duduk belakang kini diletakkan di atas rel, membolehkan ianya ditukar menjadi katil.

 

4

 

Tilam di bahagian bumbung juga mempunyai bahagian flip-up supaya ruang kepala bertambah apabila dapur sedang digunakan.

Masih memerlukan percutian dengan kesibukan dunia? Transit Custom Nugget kini dilengkapi modem 5G untuk memastikan peranti disambungkan ke internet.

Ia turut didatangkan dengan pilihan bumbung suria bagi membolehkan anda menikmati keindahan alam tanpa perlu risau tentang pencemaran.

 

5

 

Di sebalik semua kelengkapan itu, Ford Transit Custom Nugget dikuasakan nadi 2.0 liter EcoBlue diesel turbo dipadankan bersama transmisi automatik 8 kelajuan yang menghasilkan 168 HP dan 405 Nm.

Menariknya, ia juga bakal ditawarkan dengan pilihan versi PHEV dengan tetapan yang sama seperti model Ford Kuga, di mana ia menggunakan nadi 2.5 liter Duratec petrol bersama motor elektrik menghasilkan 229 HP.

Walaupun harga belum didedahkan, Ford Transit Custom Nugget boleh mula ditempah di Eropah bermula hujung Ogos ini, dengan penghantaran dijangka pada musim bunga 2024.