Ford 'troll' Tesla: Pembeli trak pikap elektrik F-150 Lightning siap dapat adaptor pengecas untuk kereta Tesla!

oleh Mohamad Hanif|
Di Eropah, EU telah memutuskan satu piawaian di mana semua peranti pintar termasuk Apple iPhone perlu menggunakan pengecas berasaskan USB C kelak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti peranti pintar, kereta elektrik masih lagi tidak mempunyai satu standard pengecasan yang tersendiri, dan ini mampu mengakibatkan pemilik EV pening kepala kerana terpaksa menyediakan penyesuai mengikut jenis model yang dimiliki.

Menariknya, dalam satu langkah yang mengejutkan Ford membuat keputusan untuk menyertakan penyesuai (adaptor) pengecasan yang membolehkan pemilik F-150 Lightning mengecas mana-mana EV Tesla.
 

Lenz


Komponen yang dimaksudkan itu merupakan penyesuai aftermarket J1772 berjenama Lenz yang serasi untuk semua model Tesla.

Berita ini dikongsikan oleh pemilik PipeFitter52 menerusi forum Lightning Owners, di mana beliau terperasan satu kotak khas yang disekalikan bersama F-150 Lightning yang baharu sahaja diperolehnya.

"Ini penemuan menarik. Saya akan mencari mana-mana kereta Tesla yang tersadai dan menyelamatkannya menggunakan Ford Lightning saya.

Seorang pengguna lain berjenaka, "Kita semua patut menambah pelekat "Tesla Rescue Team" pada bampar trak pikap masing-masing".
 

Ford


Sebagai makluman, trak pikap elektrik Ford F-150 Lightning kini dilengkapi dengan ciri pengecasan vehicle-to-vehicle (V2V) yang boleh diakses menerusi Pro Power Onboard 9.6 kW di bahagian bed belakang, membolehkan ia mengecas EV lain ketika diperlukan.

Dengan pengecasan V2V ini, Ford F-150 Lightning mampu menambah jarak operasi sejauh 21 km per jam untuk F-150 Lightning, atau sehingga 32 km untuk setiap jam bagi model Mustang Mach-E.

Baca: Ford F-150 Lightning mampu cas EV

Sumber: TheVerge

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…