Formula 1 2026 - Audi bakal sertai saingan

oleh SALINA JALIL|
Pengeluar kereta berpangkalan di Jerman, Audi akhirnya sah menyertai perlumbaan terkemuka dunia Formula Satu (F1) sebagai pembekal enjin pada musim 2026.


Jenama kereta tersohor dunia itu sebelum ini dikatakan berminat untuk menyertai F1 terutama selepas pengenalan peraturan baharu membabitkan enjin F1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mereka dilaporkan ber­usaha untuk membeli pasukan sedia ada dan telah mengadakan perbincangan dengan Sauber, Williams, Aston Martin dan McLaren.

 

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada Audi berkenaan pasukan mana yang akan menjalani kerjasama berkenaan, namun keputusan akhir akan dibuat pada penghujung tahun ini.

 

Bercakap dalam satu majlis di Litar Spa-Francorchamps, syarikat dari Jerman itu mengesahkan bahawa persiapan pemba­ngunan sudah dijalankan bermula sejak enam bulan lalu.

 

Pengerusi Lembaga Pengurusan Audi, Markus Duesmann berkata, Audi akan berada dalam grid perlumbaan pada musim 2026 sebagai pengeluar enjin.

 

“Kami akan berlumba di F1 pada 2026. Sukan permotoran adalah sebahagian daripada DNA Audi. Formula 1 ialah pentas global untuk jenama kami dan juga makmal pembangunan yang sangat mencabar.

 

“Gabungan prestasi tinggi dan persaingan sentiasa menjadi pemacu inovasi dan pemindahan teknologi dalam industri kami.

 

“Dengan peraturan baharu, sekarang adalah masa yang sesuai untuk Audi melibatkan diri dalam perlumbaan Formula 1. Lagipun, Formula 1 dan Audi mengejar matlamat yang jelas,” kata Duesmann.

 

 

– AGENSI

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan media tempatan, enjin ICE terakhir yang akan dipasang ialah sebuah nadi V8 di mana…
Berita Global
EU telah mengumumkan siasatan kepada tuduhan kerajaan China memberikan subsidi dan menjadikan EV…
Berita Global
Tidak seperti MINI Cooper EV, MINI Countryman 2024 akan dibina sepenuhnya di kilang BMW Group di…