Beliau berkata penceraian itu adalah terbaik untuk kedua mereka dan mereka akan tetap bersahabat.
Bottas berkahwin dengan Emilia pada bulan September, 2016. Emilia ialah seorang perenang Olimpik.
Lewis Hamilton, 34, rakan sepasukan Bottas berkata penceraian itu adalah antara bukti betapa tinggi pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam sukan berprestij tersebut.
Nico Rosberg juga pernah berkata keluarganya terpaksa melakukan pengorbanan yang tinggi untuk berjaya di dalam Formula 1.
Namun begitu Sebastian Vettel, pemandu Ferrari nampaknya sudah menjumpai keseimbangan tersebut.
Vettel hadir lambat ke Abu Dhabi kerana menunggu kelahiran anak ketiganya.
Formula 1 musim ini akan berakhir di Abu Dhabi pada Ahad nanti.
Hamilton cemerlang di tempat pertama dan diikuti oleh Bottas. Ini juga adalah kemenangan keenam untuk Hamilton.
Tahun hadapan, Formula 1 akan mempunyai 22 perlumbaan di seluruh dunia, penambahan dari 21 perlumbaan untuk tahun ini.