Formula E: Porsche tampilkan kereta keselamatan Taycan Turbo S

oleh Mohamad Hanif|
Formula E musim kelapan dijangka bermula dalam masa terdekat, dan siri perlumbaan berkuasa elektrik sepenuhnya itu bakal menampilkan kereta keselamatan terbaharu - Porsche Taycan Turbo S.

Kehadiran Taycan Turbo S ini akan menggantikan barisan kereta keselamatan sedia ada seperti BMW i8 Coupe, BMW i8 Roadster dan sebuah MINI Electric Pacesetter.
 

E


Untuk berkhidmat dengan cemerlang, Porsche telah melakukan modifikasi seperti pemasangan sangkar keselamatan, alat pemadam kebakaran, tempat duduk perlumbaan, harnesses enam poin, Marelli Logger System, gugusan suis tambahan, serta pemasangan lampu keselamatan.
 

Taycan


Dari segi kuasa, Taycan Turbo S berkeupayaan menghamburkan kuasa setinggi 750 hp yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam tempoh 2.8 saat, serta kelajuan tertinggi 260 km/j, atau 20 km/j kurang laju berbanding jentera lumba Gen 2 Formula E.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangunkan hasil kerjasama antara Porsche Cars Australia dan Porsche Exclusive Manufaktur, model…
Sukan Bermotor
Ini merupakan kali pertama model 911 digunakan sebagai asas untuk jentera GT4 selepas hampir…
Berita Global
Walaupun pengeluar dari Stuttgart itu terus melabur dalam pembangunan EV, enjin pembakaran dalaman…