Trak Aumark S City Flyer ini ditawarkan dalam dua versi, iaitu VDJD4 dengan jarak antara roda 2,800 mm dan VDJD6 dengan jarak antara roda 3,360 mm.
Ia dibangunkan menggunakan platform SUPER Foton yang menampilkan lima kunci utama - safety (keselamatan), utility (kegunaan), power (kuasa), efficiency (kecekapan) dan reliability (kebolehpercayaan).

Foton Aumark S City Flyer ini dikuasakan oleh enjin generasi terkini 2.8 liter turbo Cummins ISF (spesifikasi Euro 3) yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 129 hp dan daya kilas 310 Nm @ 1,600-2,700 rpm, dipadankan dengan transmisi ZF lima nisbah kelajuan.
Transmisi tersebut menawarkan penukaran gear yang lebih lancar, dengan tahap kecekapan yang tinggi, dibantu dengan penggunaan casis aloi aluminium dan nisbah gear yang dioptimasikan untuk penjimatan bahan api.

Rekaan kabin pula telah dipertingkatkan supaya mampu menawarkan pemanduan yang selesa dan mengurangkan kepenatan untuk tempoh masa yang panjang.
Terdapat juga tempat untuk meletakkan cawan serta kabinet fail di bahagian atas.
Dari segi keselamatan, Aumark S City Flyer dilengkapi dengan ciri seperti brek ABS, EBD, bantuan brek, serta dikatakan memenuhi regulasi keselamatan ECE R29.

Harga jualan adalah seperti berikut:
Aumark S City Flyer 4 Wheeler BJ1065VDJD4 (2800mm) - RM 93,900
Aumark S City Flyer 4 Wheeler BJ1065VDJD6 (3360mm) - RM 95,900
Setiap trak Aumark S City Flyer didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan 200,000 km yang mana tiba dahulu.