Foxconn, FCA bergabung bikin EV

oleh Mohamad Hanif|
Foxconn sebagai salah sebuah syarikat pembuatan barang elektronik terbesar di dunia baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Fiat Chrysler Automobiles (FCA) untuk membangunkan kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kerjasama baharu itu, FCA akan memegang kira-kira 50 peratus saham manakala Foxconn pula akan memiliki tidak lebih daripada 40 peratus pegangan. 

Menurut Foxconn, pelan asal adalah untuk menumpukan perhatian kepada pasaran domestik China terlebih dahulu, manakala pasaran eksport akan menyusul selain menambah fokus kepada aspek Internet of Things (IoT).

Namun, wakil FCA dilihat enggan memberikan komen lanjut berkenaan persoalan yang dilontarkan. 

Operasi EV Foxconn akan dikendalikan sepenuhnya oleh kumpulan subsidiari FIT Hon Teng, dan FIH Mobile, divisyen pemasangan peranti Android Foxconn. 

FIH Mobile akan memberikan sokongan solusi perisian di dalam kenderaan elektrik mereka. 

Menurut sumber yang rapat dengan hal ini memberitahu, perbincangan antara kedua-dua belah pihak sudah pun berlangsung dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan kebelakangan ini. 
 


"FCA akan diberikan tugasan untuk memproduksikan platform kenderaan, manakala Foxconn pula akan memfokuskan kepada pembangunan perisian dan perkakasan elektronik bagi menyokong EV. 

Perkembangan yang pesat di dalam kenderaan elektrik dan kereta swapandu ternyata menarik minat pelaburan di kalangan syarikat-syarikat teknologi besar dunia. 

Sebagai contoh, gergasi elektronik Jepun Sony baru-baru ini memperkenalkan sebuah model konsep kereta autonomi pada acara CES 2020, selain jenama sedia ada seperti Tesla, Google, Huawei Technologies dan Apple. 

Di kalangan pengeluar automotif global, Volkswagen juga dilihat mensasarkan penjualan EV melebihi 3 juta unit menjelang 2025, manakala Toyota pula berazam mahu menjual 500,000 kereta elektrik pada tahun yang sama. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek Horizon Plus Co merupakan salah satu daripada permohonan pelaburan berjumlah 209.5 bilion…
Berita Domestik
Menerusi memorandum persefahaman dengan Dagang NeXchange Berhad (DNex), sebuah kerjasama akan…
Berita Global
Sebelum itu, Foxconn telah menjalinkan usaha sama dengan Fisker Inc dari US dan syarikat tenaga PTT…