Foxconn mahu teroka pelaburan EV di Indonesia - laporan

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Financial Times
Kerajaan Indonesia dan pemasang peranti pintar iPhone, Foxconn diberitakan mengadakan perbincangan berhubung pelaburan kenderaan elektrik di negara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerajaan Indonesia dalam satu kenyataan Ahad lalu mengumumkan Foxconn merancang untuk membangunkan kenderaan elektrik dan bateri di negara itu

Ketua Badan Penyelaras Pelaburan Indonesia, Bahlil Lahadalia memetik kata-kata pengerusi Foxconn Young Liu, "Foxconn merancang untuk membina industri kenderaan elektrik serta bateri elektrik yang komprehensif untuk segmen kenderaan dua dan empat roda.

Dalam masa yang sama, Foxconn turut mengeluarkan kenyataan mengesahkan perjumpaan yang diadakan bagi membincangkan kemungkinan pelaburan di Indonesia.

Namun, sumber yang arif dengan isu tersebut memberitahu Nikkei Asia bahawa perbincangan tersebut masih dalam peringkat awal dan tiada sebarang keputusan telah dibuat.

Rundingan tersebut dibuat setelah Foxconn mahu melipatgandakan perniagaan EV dan mahu mengubah menjadi sebuah perniagaan bernilai $35 bilion dalam tempoh lima tahun.

Foxconn pada ketika ini sudah pun membina fasiliti produksi di Thailand dengan syarikat minyak dan gas PTT untuk pasaran Asia Tenggara, serta merancang untuk membina kilang EV di Eropah, India dan benua Amerika menjelang tahun 2024.
 

Foxconn


Awal bulan lalu, Foxconn juga diberitakan menandatangani perjanjian bernilai $280 juta dengan syarikat pemula EV Lordstown Motors untuk memperoleh kilang pembuatan di Ohio, sekaligus menjadi tapak pengeluaran pertama EV Foxconn untuk pasaran Amerika Utara.

Selain daripada Foxconn, beberapa syarikat gergasi dunia turut menaruh minat untuk melabur di Indonesia seperti BASF (Jerman), Tesla (US) dan juga CATL (China).

Sementara itu, syarikat Korea Selatan seperti Hyundai dan juga LG telah memulakan pembinaan kilang bateri EV bernilai $1.1 bilion dengan jangkaan produksi bermula pada tahun 2024. Hyundai juga turut membina sebuah kilang pemasangan kenderaan berdekatan dengan produksi yang dijangka bermula seawal tahun depan.

Kebanyakan syarikat ternama itu berminat dengan rizab nikel yang dimiliki oleh Indonesia, di mana ia merupakan bahan penting dalam penghasilan bateri EV.

Menurut laporan, Indonesia menghasilkan kira-kira 760,000 tan nikel pada tahun 2020 atau 30 peratus daripada produksi nikel global, dan mempunyai lebih daripada 20 juta tan rizab nikel yang merangkumi 22 peratus daripada jumlah rizab global.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek Horizon Plus Co merupakan salah satu daripada permohonan pelaburan berjumlah 209.5 bilion…
Berita Domestik
Menerusi memorandum persefahaman dengan Dagang NeXchange Berhad (DNex), sebuah kerjasama akan…
Berita Global
Sebelum itu, Foxconn telah menjalinkan usaha sama dengan Fisker Inc dari US dan syarikat tenaga PTT…